Pada setiap akhir tahun, sudah tentunya kita disajikan dengan pelbagai senarai buku terbaik sehinggakan agak sukar untuk kita membuat keputusan senarai mana satukah yang paling bagus. Tetapi anda mungkin tidak perlu risau kerana tahun ini Kira Bindrim dari Quartz telah menyenarai pendek buku-buku yang sering dinyatakan di dalam senarai yang begitu banyak ini.
Selepas meneliti hampir 40 senarai buku dari sumber-sumber seperti The New York Times, NPR, The Telegraph dan Publishers Weekly, didapati buku-buku di bawah merupakan buku yang sering disenaraikan:
- The Underground Railroad tulisan Colson Whitehead
- Swing Time tulisan Zadie Smith
- Evicted tulisan Matthew Desmond
- Homegoing tulisan Yaa Gyasi
- The Vegetarian tulisan Han Kang
- The Girls tulisan Emma Cline
- When breath Becomes Air tulisan Paul Kalanithi
- The Gene tulisan Siddhartha Mukherjee
- Commonwealth tulisan Ann Patchett
- News of the World tulisan Paulette Jiles
***
Sumber: Lifehacker