Pada asasnya, membaca bukanlah satu aktiviti yang sukar. Anda cuma perlu ambil buku, buka buku tersebut dan membaca perkataan yang tertulis di dalamnya. Tetapi secara praktikalnya, ianya tidaklah semudah yang disangka. Tambahan lagi apabila anda sentiasa sibuk dengan kehidupan harian sehinggakan anda tidak dapat meluangkan masa untuk membaca buku. Walaupun begitu, masih terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk memberikan anda peluang untuk membaca terutamanya pada zaman moden yang memberikan kita pelbagai aplikasi di telefon pintar dan sebagainya. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh gunakan.
1. Mendengar buku audio
Buku audio sangat bersesuaian bukan sahaja untuk mereka yang kesuntukan masa, malah untuk mereka yang sentiasa ingin membaca buku. Terdapat banyak aplikasi telefon pintar yang boleh membantu anda. Sebagai contoh Whispersync yang membolehkan anda menyamakan mukasurat buku yang anda baca dengan mukasurat pada buku audio anda.
2. Baca buku tebal sedikit demi sedikit
Sebagai contoh, novel Ulysses yang memang diketahui sangat tebal boleh dibaca sedikit demi sedikit dengan menggunakan aplikasi DailyLit di mana aplikasi ini boleh menghantar setiap bab sedikit demi sedikit kepada anda mengikut waktu yang anda pilih.
3. Baca ketika anda sedang menunggu
Pada zaman kini, kebanyakan orang lebih suka menggunakan telefon pintar mereka ketika menunggu dengan melayari laman-laman sosial. Anda boleh mengubah tabiat ini dengan membaca buku menggunakan aplikasi-aplikasi buku yang begitu banyak tersedia untuk anda muat turun dan gunakan.
4. Jangan gunakan telefon pintar/bimbit
Seperti yang dinyatakan, pada zaman kini kita lebih berminat menggunakan telefon pintar/bimbit kita untuk melayari internet terutamanya laman-laman sosial. Jika anda masih tidak dapat mengubah tabiat ini, anda boleh mengambil langkah drastik dengan menggunakan aplikasi seperti Flipd, App Detox atau Parental Control yang boleh membantu anda mengurangkan masa anda melayari internet dan laman-laman sosial.
5. Dapatkan buku percuma
Jika anda memang mahu membaca, internet sudah tentunya sarat dengan buku-buku percuma. Terdapat banyak laman web yang menawarkan buku percuma yang sudah tentunya memberikan anda banyak pilihan-pilihan buku mengikut minat anda.
***
Sumber: Bustle