DIARI ANNE FRANK (BAHAGIAN 3)


Sabtu, 20 Jun, 1942

Pengalaman menulis diari terasa pelik untuk seseorang seperti saya. Bukan sahaja kerana saya tidak pernah menulis apa-apa sebelum ini, tetapi juga kerana kemudian nanti tiada siapapun yang berminat mendengar leteran seorang budak perempuan berusia 13 tahun ini. lantaklah, ia tidak penting pun. Saya berasa seperti mahu menulis dan saya sangat perlu menyatakan apa yang terbuku di hati saya.

'Kertas mempunyai kesabaran yang lebih berbanding manusia.' Saya terfikir tentang bidalan ini ketika saya berasa sedikit tertekan dan duduk di rumah sambil menapang dagu saya, bosan dan lesu, dan tertanya samada saya perlu duduk di rumah atau keluar. Akhirnya saya hanya duduk di rumah sambil memikirkan nasib saya. Benar, kertas mempunyai lebih kesabaran dan memandangkan saya tidak merancang untuk membenarkan sesiapa membaca buku nota berkulit keras yang digelar diari ini, melainkan saya mejumpai seorang sahabat sebenar, ia mungkin tidak akan mendatangkan sebarang perbezaan.

Sekarang saya kembali semula kepada sebab utama saya menulis diari: saya tidak mempunyai sahabat. Biar saya terangkan dengan lebih jelas, memandangkan tiada siapa yang akan percaya bagaimana seorang budak perempuan berusia 13 tahun boleh berasa sangat keseorangan di dunia ini. 


Saya tidak keseorangan. Saya ada ibu-bapa yang menyayangi saya dan seorang kakak berumur 16 tahun, dan terdapat lebih kurang 30 orang yang saya boleh panggil sebagai sahabat. Saya memiliki ramai peminat yang tidak boleh mengalihkan mata mereka dari saya dan kadang-kadang mereka terpaksa menggunakan cermin poket yang sudah rosak untuk cuba melihat kelibat saya di dalam kelas. Saya ada keluarga, makcik yang menyayangi saya dan rumah yang selesa. Benar, dari luarannya saya nampak seperti memiliki segala-galanya kecuali seorang sahabat sejati. Apa yang saya fikirkan ketika bersama sahabat-sahabat saya adalah bergembira. Saya tidak boleh berbual tentang semua benda kecuali hal-hal biasa. Kami kelihatan sukar untuk rapat dan itulah masalahnya. Mungkin ia salah saya kerana kami tidak dapat berterus-terang antara satu sama lain. Apapun, itulah keadaannya dan malangnya ia mungkin tidak akan berubah. Itulah sebabnya saya mula menulis diari.

Untuk menguatkan lagi bayangan imaginasi sahabat yang ditunggu-tunggu ini, saya tidak mahu menulis fakta di dalam diari seperti yang biasa dilakukan oleh orang lain, tetapi saya mahu diari ini menjadi sahabat saya dan saya akan menamakan diari ini Kitty.

Oleh kerana tiada siapa akan faham cerita saya kepada Kitty jika saya terus menulis, adalah baik untuk saya bercerita sedikit tentang hidup saya walaupun saya tidak berapa gemar untuk melakukannya.

Ayah saya, ayah paling hebat di dunia, hanya mengahwini ibu saya ketika dia berumur 36 tahun dan ibu saya yang ketika itu berumur dua puluh lima tahun. Kakak saya Margot dilahirkan di Frankfurt-am-Main di Jerman pada tahun 1926. Saya pula dilahirkan pada 12 Jun, 1929. Ayah berpindah ke Belanda pada tahun 1933 kerana kami berketurunan Yahudi. Ayah saya bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat bernama Opteka yang menghasilkan peralatan membuat jam. Ibu saya, Edith Hollander Frank, menyusul kemudian pada bulan September manakala Margot dan saya dihantar ke Aachen untuk tinggal bersama nenek kami. Margot datang ke Belanda pada bulan Disember dan saya datang pada bulan Februari di mana saya disorokkan di bawah meja sebagai hadiah hari jadi untuk Margot.

Saya serta merta dihantar ke tadika Montessori. Saya terus dihantar ke situ sehingga saya berumur 6 tahun di mana saya mula bersekolah. Ketika saya di gred 6, cikgu kelas saya adalah pengetua sekolah bernama Encik Kuperus. Pada hujung tahun, kami semua menangis kerana terpaksa berpisah. Saya telah diterima masuk ke Lyceum Yahudi di mana Margot turut bersekolah di sana.

Hidup kami tidaklah sentiasa tenang kerana saudara-mara kami di Jerman sedang menderita akibat undang-undang Anti Yahudi yang diperkenalkan oleh Hitler. Selepas pogrom pada tahun 1938, dua orang pakcik saya (adik-adik Ibu saya) melarikan diri dari Jerman dan berlindung di Utara Amerika. Nenek saya yang sudah tua datang tinggal bersama kami. Ketika itu dia berusia 73 tahun.

Selepas bulan Mei 1940, kami jarang dapat hidup dengan tenang: pertama kerana perang telah meletus, kemudian penaklukan dan kemudian kedatangan tentera Jerman yang menandakan penderitaan bakal bermula untuk orang Yahudi. Kebebasan kami dibendung melalui siri arahan anti-Yahudi: Yahudi diwajibkan memakai bintang kuning, Yahudi diwajibkan untuk menyerahkan basikal mereka; Yahudi dilarang menggunakan keretapi; Yahudi dilarang menaiki kereta walaupun kereta mereka sendiri; Yahudi hanya boleh membeli barang antara pukul 3 dan 5 petang; Yahudi hanya dibenarkan untuk mengunjungi kedai gunting dan salon milik orang Yahudi; Yahudi dilarang berada di luar rumah antara pukul 8 malam hingga 6 pagi; yahudi dilarang mengunjungi teater, panggung wayang atau apa saja jenis hiburan; Yahudi dilarang menggunakan kolam renang, gelanggang tenis, padang hoki atau mana-mana padang sukan; Yahudi dilarang pergi berdayung; Yahudi dilarang untuk menyertai apa-apa aktiviti sukan di luar, Yahudi dilarang duduk di laman rumah mereka atau rumah sahabat mereka selepas pukul 8 malam, Yahudi dilarang menunjungi rumah orang Kristian, Yahudi hanya dibenarkan bersekolah di sekolah Yahudi dan sebagainya. Kamu tidak boleh melakukan itu atau ini tetapi hidup mesti diteruskan. Jacques selalu berkata kepada saya, 'Aku sudah tidak berani untuk buat apa-apa kerana aku takut ia tidak dibenarkan.'

Pada musim panas 1941, nenek jatuh sakit dan terpaksa menjalani pembedahan dan hari lahir saya berlalu tanpa sebarang sambutan. Ia sama seperti pada musim panas 1940 ketika kekecohan yang berlaku di Belanda baru sahaja berakhir. Nenek meninggal dunia pada Januari 1942. Tiada siapa tahu betapa kerapnya saya terkenang nenek saya dan saya masih menyayanginya. Sambutan hari lahir saya pada tahun 1942 sepatutnya dibuat bagi menggantikan sambutan hari lahir saya pada tahun-tahun sebelumnya dan lilin untuk nenek dinyalakan bersama lilin-lilin orang lain.

Kami berempat masih hidup dalam keadaan baik dan itu membawa saya ke tarikh hari ini iaitu 20 Jun 1942 dan ini adalah dedikasi takzim saya kepada diari saya.



***

Terjemahan ini adalah terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Barbara Mooyaart-Doubleday.

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: DIARI ANNE FRANK (BAHAGIAN 3)
DIARI ANNE FRANK (BAHAGIAN 3)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNxqSVnP1FJEsPkaBLRd4j2LLQfz36kxXNpsJdcWZChJhDXawMHHXRhCuAdZbcfGXGlzweSrbGNCkoWCQKRiEgDWNvgUis61PQ36ZLvZEoWoXhyiyUsjiHJI6G4ctcmOHW_K-1g7HZQQQ/s640/anne-frank.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNxqSVnP1FJEsPkaBLRd4j2LLQfz36kxXNpsJdcWZChJhDXawMHHXRhCuAdZbcfGXGlzweSrbGNCkoWCQKRiEgDWNvgUis61PQ36ZLvZEoWoXhyiyUsjiHJI6G4ctcmOHW_K-1g7HZQQQ/s72-c/anne-frank.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2017/01/diari-anne-frank-bahagian-3.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2017/01/diari-anne-frank-bahagian-3.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin