Jika anda pergi ke mana-mana perpustakaan di dunia ini, anda akan melihat satu benda yang serupa: Sistem Desimal Dewey (Dewey Decimal System). Ia adalah struktur hierarki nombor yang mengklasifikasikan buku mengikut subjeknya supaya anda boleh mencari buku yang anda mahukan pada setiap masa. Ada sebab kenapa ia sudah wujud begitu lama iaitu sejak Melvil Dewey menerbitkan pamflet pertamanya tentang sistem ini pada tahun 1876.
Sudah tentunya sebab utama kenapa ia masih wujud adalah kerana ia begitu berkesan. Walaupun begitu banyak subjek, genre dan disiplin wujud selepas Dewey memperkenalkan sistemnya, ia terus berkembang mengikut perkembangan zaman.
Sudah tentunya sebab utama kenapa ia masih wujud adalah kerana ia begitu berkesan. Walaupun begitu banyak subjek, genre dan disiplin wujud selepas Dewey memperkenalkan sistemnya, ia terus berkembang mengikut perkembangan zaman.
Tetapi Sistem Desimal Dewey ini bukanlah satu-satunya sistem yang digunakan oleh perpustakaan untuk mengklasifikasikan buku. Berikut adalah beberapa alternatif lain yang mungkin boleh anda gunakan untuk menyusun buku milik anda.
Klasifikasi Kolon (Colon Classification)
Sistem ini dicipta oleh Shiyali Ramamrita Ranganathan yang mewakili semua subjek menggunakan lima faset yang dikenali sebagai PMEST dan menggunapakai tanda baca untuk membezakannya. Setiap dokumen diklasifikasikan secara umum sebelum maklumat-maklumat spesifik ditambah untuk memperincikan lagi diskripsinya. Sebagai contoh:
Personaliti (subjek utama) - koma
Perihal (isi kandungan material subjek) - semi-kolon
Tenaga (proses atau aktiviti subjek) - kolon
Ruang (lokasi geografi subjek) - noktah
Masa (tarikh subjek) - koma atas
Jadi, kritik sastera Hamlet akan diklasifikasikan dengan huruf O (klasifikasi untuk sastera) dan kemudian diperincikan menggunakan turutan faset PMEST sehinggalah ia kelihatan seperti ini:
O-,2J64,51:g
Mungkin ia kelihatan agak rumit tetapi ia adalah sistem yang digunakan dengan agak meluas di India.
Klasifikasi Bibliografik Bliss
Henry Bliss bukanlah peminat Sistem Desimal Dewey. Beliau menerbitkan sistem klasifikasinya sendiri dalam empat jilid buku yang mengambil masa selama 13 tahun dan anda tidak akan menjumpai sebarang titik desimal di dalam bukunya. Sistem ini mengambil ilham daripada teori yang digunakan oleh Ranganathan tetapi menggunakan tiga belas teori berbanding lima dan sudah tentunya ia mengundang kritikan. Walaupun sistem ini tidak digunakan dengan meluas di Amerika, ia masih digunakan di beberapa institusi di United Kingdom seperti Muzium Pitt Rivers dan Cambridge.
Klasfikasi Luas Cutter (Cutter Expansive Classification)
Charles Cutter menerima dorongan daripada Melvil Dewey untuk mencipta sistem klasifikasinya sendiri. Sistem yang beliau cipta ini menggunakan huruf untuk mewakili setiap subjek dan kemudian beliau menggunakan nombor atau notasi untuk memasukkan maklumat tambahan seperti penulis atau lokasi geografi. Walaubagaimanapun, Cutter meninggal dunia sebelum beliau dapat menyempurnakan sistemnya tetapi anda boleh melihat idea yang dibangunkan oleh Cutter ini di beberapa perpustakaan di Amerika.
***
Sumber: Mental Floss