Populariti Harry Potter memang tidak boleh dipertikaikan. Baru-baru ini Harry Potter turut mempengaruhi saintis dalam menamakan spesis labah-labah terbaru.
Labah-labah yang ditemui tersebut telah diberi nama Eriovixia gryffindori iaitu sempena nama salah seorang pengasas Hogwarts iaitu Godric Gryffindor. Para saintis yang menemui labah-labah ini merasakan bentuknya seperti topi yang digunakan untuk membahagikan pelajar-pelajar Hogwarts ke kelas masing-masing.
Jika diteliti kepada labah-labah tersebut, rasanya memang tidak timbul sebarang persoalan kenapa ia dinamakan sebegitu. Apa pula pendapat anda?
***
Sumber: Buzzfeed