Membaca di mana sahaja memang satu tabiat yang bagus tetapi ia juga boleh membawa kesan buruk jika ia tidak dilakukan dengan betul. Salah satu persoalan tentang membaca adalah tabiat membaca di dalam gelap ataupun di tempat yang tidak memilki cahaya yang mencukupi kerana dipercayai bahawa ia akan memberi kesan kepada mata kita. Namun adakah benar kepercayaan ini?
Menurut optometris Dr. Naeem Abdulla, membaca di dalam keadaan yang terang adalah lebih mudah untuk mata kita tetapi menurut beliau lagi, membaca dalam keadaan gelap atau cahaya yang sedikit hanyalah mitos kerana ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada mata kita. Begitu juga apabila kita membaca menggunakan peralatan elektronik seperti talifon bimbit, komputer dan sebagainya.
Menurut Dr. Naeem, ia bukan sesuatu yang pelik jika mata kita berasa sakit apabila membaca menggunakan peralatan elektronik tetapi selalunya ia adalah kerana kita terlupa untuk mengelipkan mata kita. Bagi yang mengalami masalah kerengsaan pada mata akibat membaca terlalu lama, Dr. Naeem menasihatkan kita berehat setiap dua puluh minit untuk memberikan kelegaan kepada mata.
***
Sumber: CBC Books