Pada masa kini, gajet buku elektronik seperti Kindle memang digunakan dengan meluas oleh para pembaca buku. Gajet-gajet ini pula semakin hari semakin bertambah canggih dan moden dan setiap pengeluar gajet buku elektronik berlumba-lumba untuk menghasilkan gajet yang lebih berdefinisi tinggi. Tetapi timbul satu persoalan iaitu samada gajet buku elektronik ini boleh mempengaruhi tidur seseorang.
Menurut Clete Kushida yang merupakan seorang professor sains psikatri dan tingkah laku di Stanford University Medical Centre dan juga presiden Federasi Tidur Sedunia, cahaya terutamanya cahaya bergelombang pendek boleh menyebabkan masalah tidur kerana ia menghalang pengeluaran melatonin dari tubuh badan yang membantu seseorang untuk tidur.
Menurut Kushida lagi, kebanyakan gajet elektronik dicahayakan oleh LED yang merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran cahaya bergelombang pendek. Ada kajian yang menyatakan bahawa ia boleh menghalang pengeluaran melatonin sehingga 22 peratus.
Jadi adakah ia sesuatu yang buruk untuk membaca kindle atau tablet sebelum tidur?
Kushida menerangkan bahawa aktiviti membaca itu sebenarnya kadang-kadang boleh mejadi masalah. Menurut Kushida, seseorang yang mengikuti jadual harian yang konsisten mungkin tidak akan menghadapi sebarang masalah tetapi jika membaca buku menyebabkan mereka susah untuk tidur, maka mereka tidak digalakkan untuk membaca sebelum tidur. Berkenaan cahaya yang datang dari gajet-gajet bacaan pula, Kushida menyatakan langkah paling baik adalah untuk mencari kaedah terbaik bagi mengurangkan gajet-gajet ini.
Satu perkara yang masih tidak diketahui adalah apakah kesan kecerahan cahaya berbanding tempoh pendedahan terhadap cahaya ini" kata Kushida. Kebanyakan kajian menumpukan kepada tempoh pendedahan. Tetapi dalam masa yang sama Kushida percaya kecerahan cahaya juga mempunyai kesannya yang tersendiri.

***
Sumber: Wall Street Journal