NICHOLAS SPARKS

Membanding Dear John, The Best of Me & The Longest Ride : Cliché & Ketandusan atau Identiti Yang Konsisten?

2016; satu tabiat baru telah mengambil tempat dalam rutin bacaan saya – saya mula memilih untuk membaca lebih daripada satu buku daripada seorang penulis yang sama. Sepanjang tahun ini, saya berkesempatan menghabiskan Dear John (2006), The Best of Me (2011) dan The Longest Ride (2013) yang mana semuanya ialah karya penulis kelahiran Amerika Syarikat, Nicholas Sparks. Seperti yang kita semua sedia maklum, ketiga-tiga buku tulisan Sparks tadi telah diadaptasi ke layar perak di samping mencatatkan unit jualan yang tinggi dan memberangsangkan di seluruh dunia.

Jumlah tiga karya Nicholas Sparks yang saya tekuni sepanjang 2016 ialah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan bilangan keseluruhan novel-novelnya. Tiga buah novel juga tidaklah memadai untuk saya membuat timbang tara atau penilaian yang mendalam terhadap karya-karyanya. Tetapi, pada masa sama saya tidak dapat menghalang fikiran saya untuk membentuk beberapa pendapat dan pendirian tentang tulisan beliau. Usai dengan buku yang ketiga, saya mengesan beberapa persamaan elemen yang ditampilkan dalam ketiga-tiga novel tersebut tanpa gagal. Dalam membuat perbandingan kepada karya-karya ini, saya terlebih dahulu tergerak untuk menyenaraikan dan menghurai lanjut persamaan yang terdapat dalam tulisan-tulisan tersebut. Harus diingat bahawa persamaan yang disenaraikan di sini jika tidak ketara, wajar saya katakan agak menonjol dalam ketiga-tiga buku.

Pertama, penceritaan ketiga-tiga novel ini sebahagian besarnya bergantung kepada satu atau lebih karakter penghidap penyakit kronik sebagai takal penggerak jalan ceritanya. Sebagai contoh, watak Tim dalam Dear John. Tim merupakan seorang penghidap kanser dan hanya berpeluang menjalani rawatan intensif setelah berjaya memperoleh dana daripada penderma yang tidak disangka-sangka bagi membiayai rawatannya. Melalui pembacaan saya, persamaan sama turut wujud dalam novel The Best of Me lewat watak Bea, seorang anak kecil yang digambarkan sebagai periang yang juga menghidap kanser dan lewat watak Jared yang hampir maut setelah mengalami komplikasi jantung yang serius akibat kemalangan yang mengerikan. Nicholas Sparks juga telah memasukkan elemen yang sama dalam The Longest Ride. Persamaan tadi dapat dilihat lewat watak Luke yang mengalami kerosakan kekal pada bahagian tengkorak dan sentiasa terdedah kepada risiko kematian setelah tercedera dalam sukan “bull riding”. Selain Luke yang malang, watak Ira Levinson pula turut memfokuskan elemen yang sama. Hal ini berikutan Ira telah mengalami jangkitan daripada kecederaan parah yang ditanggung pasca pertempuran udara dengan tentera Jerman sewaktu perang dunia.Jangkitan itu telah mengakibatkan Ira menjalani hidup sebagai seorang lelaki yang dibelenggu kemandulan. Bezanya hanyalah ketika watak lain berkesempatan untuk meneruskan hidup, hanya Bea sahaja yang tewas kepada penyakit yang dihidapnya pada usia yang terlalu muda.

Kedua, tidak dapat dinafikan ketiga-tiga novel Nicholas Sparks ini dihidupkan dan menjadi kemas oleh kekuatan watak seorang warga tua yang menghabiskan saki baki usia senja mereka dengan penuh kesunyian. Kekuatan watak warga emas dalam semua novel ini tergambar melalui cara mereka mempengaruhi kehidupan watak yang lebih muda, nasihat-nasihat mereka serta pengalaman, personaliti dan pembawakan diri masing-masing dalam menempuh kehidupan sehari-hari. Di dalam novel Dear John, sudah tentu peranan ini dimainkan dengan cukup cemerlang oleh watak Mr. Tyree, ayah kepada John. Mr. Tyree merupakan watak yang cukup minimal, mulutnya jarang membutirkan patah-patah perkataan namun kesannya kepada novel tersebut adalah pada kadar yang optimum. Di dalam novel The Best of Me dan The Longest Ride, peranan penting ini diisi masing-masing oleh Tuck Hostetler dan Ira Levinson. Namun begitu, watak Mr. Tyree dan Tuck Hostetler tidaklah begitu ke depan(seperti saya sebutkan tadi, Mr. Tyree cukup minimal) jika hendak dibandingkan dengan Ira Levinson. Hal ini kerana, penceritaan tentang Ira nyata lebih terperinci dalam novel The Longest Ride dan ia merangkumi zaman kanak-kanak hinggalah saat-saat akhir kehidupannya. Pada satu tahap, saya merasakan watak Ira jauh lebih dominan, berpengaruh dan intim dengan para pembaca novel tersebut. Perkara ini dikuatkan lagi apabila Sparks lebih banyak menyisipkan nasihat-nasihat dan persoalan tentang kehidupan, tentang berkasih, seni, menerima ketidaksempurnaan dan cela, mencintai dalam ketiadaan dan tidak lupa persoalan-persoalan terkait kematian untuk pembaca fikirkan pada ruang-ruang yang disesuaikan sepanjang penceritaannya mengenai Ira. Jika novel The Longest Ride ini ialah sebuah perlawanan bola sepak, maka peranan Ira di dalamnya dapat saya nisbahkan sebagai seorang pemain tengah yang cukup baik; maestro yang mendominasi penguasaan, tempo, pusat kreativiti dan arkitek kepada setiap gerakan dalam taktikal pasukannya sepanjang perlawanan tersebut. Sedar atau tidak, semua watak warga emas yang saya huraikan ini telah kehilangan pasangan masing-masing atas sebab yang hampir serupa. Ditinggalkan teman hidup atas sebab kematian atau apa sekalipun – inilah punca kepada kehidupan sunyi yang dijalani watak-watak ini di hujung hayat mereka. Membaca tentang mereka, ingatan saya terpanggil untuk menyorot kembali kehidupan arwah nenek saya selepas kematian datuk. Lantas saya faham, perkara paling gusar tentang kematian ialah persoalan bagaimana akan dijalani baki hidup dengan kekosongan yang telah ditinggalkan.

Persamaan ketiga yang dapat saya senaraikan ialah ketiga-tiga novel ini sedikit sebanyak memfokuskan tentang ketenteraan dan peperangan yang pernah dihadapi oleh Amerika Syarikat. Apabila saya gunakan frasa “ketenteraan dan peperangan”, sudah tentulah ia mencakupi sejarah perang dunia yang mana negara “Uncle Sam” itu tidak terkecuali untuk terjerumus ke dalamnya dan kaki mereka terantai ke dalam lohong hitam peperangan itu untuk beberapa lama. Tidak ketinggalan juga kempen-kempen ketenteraan moden Amerika Syarikat yang gah pasca serangan 11 September yang membangunkan gempar dunia. Dear John telah mengenengahkan pengalaman watak utamanya, John Tyree sebagai seorang anggota tentera. Sepanjang perkhidmatannya, John Tyree telah dihantar berkhidmat di pelbagai negara untuk misi-misi yang berbeza. Kemuncaknya, John Tyree terlibat dalam kempen ketenteraan anti keganasan ke atas Iraq yang pada waktu itu diperintah Presiden Saddam Hussein, yang tidak kurang terpalit dengan kontroversi pembersihan etnik dan jenayah perang. Elemen yang sama turut mewarnai The Best of Me melalui watak Tuck Hostetler dan The Longest Ride melalui watak Ira Levinson. Walau bagaimanapun, pendekatan yang sedikit berbeza telah digunapakai untuk watak Tuck dan Ira. Jika John Tyree merupakan anggota yang masih dalam perkhidmatan, kali ini Nicholas Sparks telah menampilkan Tuck dan Ira sebagai bekas tentera atau lebih tepat lagi veteran perang. Tuck dan Ira berjuang untuk panji-panji Amerika Syarikat dalam perang dunia dan bukannya kempen ketenteraan moden seperti John. Melalui watak Tuck dan Ira, Nicholas Sparks berkesempatan menyelitkan rentetan sejarah dan fakta-fakta terkait dengan perang dunia. Oleh itu, kita dapat lihat sedutan peristiwa seperti Anschluss of Austria dipetik dan dimuatkan dalam tulisan Sparks. Sewaktu membaca bahagian yang menghurai sejarah perang dunia yang termuat dalam beberapa bab The Best of Me dan The Longest Ride ini, ingatan saya tertancap kepada The Diary of a Young Girl tulisan Anne Frank yang pernah saya baca pada awal tahun ini. Melalui watak Tuck dan Ira juga, Nicholas Sparks telah berjaya mendedahkan kesan buruk peperangan dan dibentangkan dalam novel-novel ini dari sudut pandang mereka yang terlibat secara langsung mengangkat senjata dan bertempur menggadai nyawa. Veteran-veteran perang ini dicengkam trauma dan peperangan telah menghiris luka yang seakan-akan kekal bukan saja kepada batang tubuh malah kepada psikologi dan fikiran mereka sekalipun selepas berpuluh-puluh tahun mereka pulang dari medan tempur. Saya kira Nicholas Sparks cuba memenuhi tanggungjawabnya sebagai rakyat Amerika Syarikat melalui pendekatan ini. Tujuannya hendak menyemarakkan sentimen patriotisme agar ia merah membakar. Ia juga merupakan penzahiran sokongan moral bukan saja kepada perajurit-perajurit AS yang terlibat dalam kempen ketenteraan malah kepada keluarga yang menanti kepulangan mereka, itu telahan saya.

Di samping itu, Nicholas Sparks juga memuatkan berpucuk-pucuk surat dalam ketiga- tiga buku. Sebagai contoh, surat-surat antara John - Mr. Tyree dan surat-surat antara John – Savannah. Keputusan Nicholas Sparks untuk memuatkan surat-surat antara John dan kekasihnya Savannah bersesuaian dengan tajuk novelnya (sejujurnya saya baru mengetahui frasa “Dear John letter” bermaksud surat untuk menamatkan hubungan percintaan). Manakala, The Best of Me hanya memuatkan tiga pucuk surat dan semuanya ditulis oleh Tuck Hostetler dan mengandungi nasihat tentang kehidupan yang saya percaya satu pedoman daripada Tuck buat kedua-dua watak utama dalam novel tersebut, Dawson Cole dan Amanda Collier dalam mencari keputusan. Teknik penulisan yang sama turut terpakai pada The Longest Ride di mana Ira Levinson akan mengarang surat buat isterinya, Ruth dan surat itu akan dibaca di satu lokasi spesifik yang penuh dengan nilai sentimental buat pasangan itu pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka saban tahun. Saya sangkakan surat-surat tadi sudah cukup mengharukan. Namun, saya nyata terkhilaf. Hal ini kerana sepucuk surat yang dikarang Ruth kepada suaminya yang hanya dibaca oleh Ira Levinson selepas kematian Ruth dan sepucuk surat terakhir daripada Ira Levinson yang ditujukan buat Ruth pada ulang tahun perkahwinan mereka (walaupun ketika itu Ruth sudah lama kembali menghadap penciptanya) jauh lebih memberi kesan dan membuatkan saya terhenti seketika daripada membaca The Longest Ride bagi mencari ruang untuk merenung dan mempertimbang. Secara peribadi, saya memang gemarkan karya yang memuatkan bingkisan surat-surat yang dikirim oleh watak-watak dalam penceritaannya berbanding dengan karya yang hanya menyatakan secara umum “A mengutus surat kepada B bagi menyatakan sekian-sekian”. Pendapat saya mudah, bingkisan surat-surat yang dimuatkan tadilah yang lebih membuatkan jalan cerita lebih bernyawa dan berupaya mendakap kemas penghayatan dan imaginasi pembacanya. Sebelum membaca surat-surat yang termuat dalam ketiga-tiga novel Nicholas Sparks ini, saya telah terlebih dahulu jatuh cinta kepada surat-surat yang ditulis Zainudin dan Hayati dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh Buya Hamka. Sebenarnya, tidak perlu untuk saya membawa contoh karya dari jiran serumpun kita, Indonesia. Hal ini kerana, di tanah air kita juga terdapat karya yang ada unsur sedemikian; tidak lain tentulah surat antara Salina dan Hilmi dalam mahakarya berjudul Salina tulisan sasterawan negara, A. Samad Said. Sudah tentu tidak ada surat yang lebih baik daripada surat yang berbahasa Melayu, namun tidak berlebihan untuk saya katakan impak surat-surat yang diketengahkan dalam karya Nicholas Sparks hampir menyamai surat-surat dalam karya Hamka dan Pak Samad. Dalam hal ini, kita kembali kepada asal tujuan surat-surat itu dimuatkan, iaitu peranannya yang jelas untuk menghidupkan penceritaan.

Dalam perenggan ini, saya hanya akan menyatakan persamaan yang terdapat dalam ketiga-tiga novel ini secara umum dan tidak mendasar.Jika diperhatikan novel-novel ini, ketiga-tiganya ada menghuraikan tentang khidmat profesional seorang peguam dalam konteks hubungan seorang peguam dan kliennya. Ketiga-tiga watak warga emas yang telah disenaraikan di atas tadi telah bersiap-sedia dengan wasiat dan amanah ini dijalankan dengan baik dan teliti oleh peguam yang mewakili ketiga-tiga watak tadi. Keadaan ini juga memberi satu bayangan bahawa masyarakat di negara-negara barat lebih peka dan cakna akan kepentingan dan kelebihan wasiat dan probet untuk tujuan pengurusan dan pembahagian harta selepas kematian berbanding dengan kita di Malaysia. Kesedaran ini tampak kurang subur dan bukanlah satu keutamaan dalam kalangan rakyat negara kita meskipun umum sedar akan peri pentingnya kelicinan urusan-urusan selepas kematian. Persediaan ini adalah perlu dalam sesebuah masyarakat madani memandangkan negara kita mempunyai undang-undang yang lengkap berkaitan wasiat dan tahap capaian kepada golongan profesional yang terlatih untuk tujuan itu adalah tidak terhad. Selain itu, Nicholas Sparks juga turut menerapkan anjuran untuk aktiviti-aktiviti kebajikan dan sukarela dalam novel-novelnya. Contoh mudah yang dapat saya berikan ialah Savannah sendiri selaku watak utama dalam Dear John terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan bersama kumpulannya di kolej yang menjadi tulang belakang dalam projek membina semula rumah kediaman kepada mereka yang memerlukan. Selain Savannah, Amanda Collier selaku watak utama dalam The Best of Me juga merupakan seorang aktivis dalam penganjuran majlis-majlis amal lebih-lebih lagi selepas kematian anak kecilnya, Bea.

Apa yang dapat saya simpulkan tentang persamaan ketara dalam ketiga-tiga novel ini ialah tema dan konsep yang dibenihkan oleh Nicholas Sparks adalah konsisten. Karya begini berdepan risiko tinggi untuk pembaca berasa muak lantaran kurangnya kepelbagaian, kemajmukan dan adunan yang plural. Oleh sebab itu, sesetengah orang mungkin merasakan Sparks membawakan idea yang mendatar dan tidak dinamik dalam karya-karyanya. Sesetengah orang yang lain mungkin lebih keras pendekatannya terhadap ketiga-tiga karya ini dengan merangkumkan ke semua karya tadi dengan satu perkataan sahaja : cliché. Namun begitu, saya merasakan adalah tidak adil untuk melabelkan karya-karya Nicholas Sparks dengan pendekatan ketiga tadi. Hal ini kerana, berdozen lagi tulisan Sparks belum saya sudahi. Selagi saya belum selesai dengan semua tulisannya, saya akan kekal dengan pendirian saya seperti yang mula-mula dinyatakan di atas tadi (pendekatan yang lebih lunak dan sederhana); yakni Nicholas Sparks bertahan dalam zon selesa yang telah diciptanya dengan mengekalkan idea, tema dan konsep yang konsisten untuk buku-bukunya.

***

Ulasan buku ini adalah sumbangan saudara Shad. Beliau boleh dihubungi di adzmansyad@gmail.com

ULASAN

BLOGGER: 1
Loading...
Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: NICHOLAS SPARKS
NICHOLAS SPARKS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgg2wWLLYUfFGb3JaH8b9IpwoHu5YqIPaB_FCcL96VU3Fyt0UnQZLRpmLH2V8UxmGwRCUpzC1meEkLJAdG-twjdqHAu5VlXeyvFEiH9BIWjKkA6pDg10w_c0EgW0NBUbHmfLZ02K7TvYZo/s640/Nicholas-Sparks-900-600.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgg2wWLLYUfFGb3JaH8b9IpwoHu5YqIPaB_FCcL96VU3Fyt0UnQZLRpmLH2V8UxmGwRCUpzC1meEkLJAdG-twjdqHAu5VlXeyvFEiH9BIWjKkA6pDg10w_c0EgW0NBUbHmfLZ02K7TvYZo/s72-c/Nicholas-Sparks-900-600.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2017/01/nicholas-spark.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2017/01/nicholas-spark.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin