Samada kita mahu mengakuinya atau tidak, buku adalah medium paling berkuasa di dunia. Buku boleh menyebarkan idea, mempengaruhi orang lain dan mampu memporak-perandakan sebuah negara. Sesebuah buku diharamkan atas pelbagai sebab; samada atas sebab sensitiviti keagamaan, politik, kelucahan atau hal-hal lain. Pelbagai cara digunakan untuk "mendiamkan" buku dan antara kaedah yang popular adalah dengan membakarnya dan kaedah ini sebenarnya bukanlah kaedah baru. Baru-baru ini kita juga melihat bagaimana pengganas ISIS memusnahkan begitu banyak buku dan artifak seni.
Berikut adalah beberapa kisah pembakaran buku dalam sejarah ketamadunan dunia:
1. Selepas melalui peperangan dan perubatan kuasa begitu lama, Maharaja Qin telah berjaya menguasai keseluruhan empayar China purba pada tahun 221 sebelum masihi. Maharaja Qin dan para penasihatnya begitu berwaspada dengan golongan cendiakawan kerana bimbang mereka akan mendatangkan ancaman kepada pemerintahannya. Atas sebab itu, beliau telah mengarahkan beribu-ribu buku dibakar dan beliau juga mengarahkan kesemua buku sejarah dibakar supaya beliau boleh menulis buku sejarahnya sendiri. Ini berlangsung selama tiga tahun sebelum beliau memutuskan untuk menanam hidup-hidup 1000 orang cendiakawan dan membakar kesemua buku mereka.
2. Selama 600 tahun, Universiti Nalanda adalah antara universiti terbaik di dunia. Terletak di India, ia menarik ramai pelajar sehinggakan ada yang datang dari Greece dan ia juga memiliki antara perpustakaan tercantik di dunia yang mengandungi buku-buku hebat dalam pelbagai subjek seperti astronomi, sastera dan perubatan dan kebanyakannya amat penting dalam agama Buddha dan dikatakan atas sebab kaitannya dengan agama Buddha menyebabkan ianya dibakar oleh Bakhtiyar Khilji ketika beliau dan tenteranya menceroboh universiti ini pada tahun 1193. Mengikut lagendanya, begitu banyak buku dibakar selama tempoh 3 bulan dan ia dikatakan mengakhiri pengaruh Buddha sebagai antara agama utama di India.
3. Kaum Maya boleh dikira antara kaum yang memiliki sejarah ketamadunan yang terawal dan sejarah ketamadunan dunia. Pada tahun 100 sebelum masihi, mereka telahpun memiliki sistem penulisan mereka sendiri dan untuk 1400 tahun berikutnya, mereka telah menulis dan mencatat sejarah mereka termasuk kajian astronomi dan kiraan kalendar mereka. Namun segalanya berakhir dengan kemunculan tentera Sepanyol. Selama 3 bulan pada tahun 1562, mereka telah dipaksa untuk menukar agama mereka dan tentera Sepanyol juga telah membakar begitu banyak buku untuk memastikan kaum Maya tidak kembali semula kepada agama dan adat asal mereka. Pada hari ini, hanya ada 3 buah buku dari kaum Maya yang masih kekal.
4. Pada tahun 1800, Presiden Adams memutuskan bahawa kerajaan ketika itu memerlukan tempat yang boleh menyimpan buku yang mungkin perlu untuk kegunaan Kongres. Atas sebab itu, maka lahirlah Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Namun perpustakaan ini hanya bertahan selama 14 apabila tentera British yang menceroboh dan membakar kesemua buku di dalam perpustakaan ini yang dikatakan ketika itu berjumlah 3000 buah.
4. Pada tahun 1800, Presiden Adams memutuskan bahawa kerajaan ketika itu memerlukan tempat yang boleh menyimpan buku yang mungkin perlu untuk kegunaan Kongres. Atas sebab itu, maka lahirlah Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Namun perpustakaan ini hanya bertahan selama 14 apabila tentera British yang menceroboh dan membakar kesemua buku di dalam perpustakaan ini yang dikatakan ketika itu berjumlah 3000 buah.
5. Ketika perang dunia kedua begitu banyak buku yang dibakar. Sebagai contoh, ia menjadi polisi kepada tentera Jepun untuk memusnahkan kesemua perpustakaan. Antara yang paling teruk adalah ketika mereka menceroboh China dan membakar 8 buah perpustakaan utama yang menyebabkan berjuta buah buku musnah. Begitu juga dengan tentera Nazi di Jerman yang mempunyai unit tersendiri yang dikenali sebagai Verbrennungskommandos. Tugas unit ini adalah untuk membakar bangunan dan memusnahkan apa sahaja yang berada di dalamnya. Ketika mereka menceroboh Poland, dianggarkan 16 juta buah buku dan manuskrip telah dibakar dan dimusnahkan. Begitu juga ketika tentera bersekutu menyerang tentera Nazi di Jerman. 35 buah perpustakaan utama dan berdozen-dozen perpustakaan kecil musnah akibat dibom dan terbakar.
Sumber gambar: google image
***
Sumber: Mental FlossSumber gambar: google image