Mungkin anda sudah mengetahuinya tetapi hakikatnya ia terletak begitu dekat kita. Buku "terbesar" yang pernah ditulis dalam sejarah dunia terletak di pagoda Kuthodaw, Burma. Pagoda yang dibina pada tahun 1875 ini diasaskan oleh Raja Mindon Min dan sudah tentunya mengujakan mana-mana pengunjung. Di sini terletaknya 730 tablet marmar (729 tablet mengandungi teks makala tablet yang ke 730 menceritakan tentang asal-usul tablet ini).
Ketika tablet-tablet ini ditemui pada tahun 1868, didapati setiap barisan tulisan ditulis menggunakan dakwat emas dan setiap tablet pula dihiasi dengan permata dan rubi. Malangnya selepas tentera British menceroboh Burma pada pertengahan 1880an, kesemua hiasan dan dakwat emas pada tablet ini telah dicuri.
Jadi jika anda berpeluang berkunjung ke Burma, jangan lepaskan peluang melawat pagoda ini.
***
Sumber: Atlas Obscura