Menyusun buku di rak selalunya memang memeningkan kepala. Tambahan lagi apabila kita mempunyai bilangan buku yang banyak. Sehubungan itu, berikut adalah antara beberapa kaedah menyusun buku di rak yang dicadangkan oleh Maria Vicente untuk rujukan bersama.
1. Mengikut abjad
Ini merupakan kaedah paling biasa yang digunakan untuk menyusun buku. Anda juga memiliki beberapa pilihan iaitu samada mengikut abjad nama penulis, tajuk buku dan sebagainya.
2. Mengikut Warna
Sama seperti kaedah diatas, kaedah ini juga memberikan anda beberapa pilihan. Anda boleh menyusun buku mengikut warna supaya kelihatan seperti pelangi ataupun anda boleh mencampur adukkan warna mengikut warna hiasan di dalam rumah anda.
3. Mengikut Penerbit
Selalunya kaedah ini digunakan oleh mereka yang bekerja di dalam bidang penerbitan tetapi ia tidak bermakna anda juga tidak boleh mempraktikkannya. Anda boleh menyusun buku anda mengikut penerbit buku seperti Penguins, Random House dan lain-lain.
4. Mengikut Kandungan
Kaedah ini membolehkan anda mencari buku anda dengan mudah. Anda tidak perlu untuk menyelak kesemua buku anda untuk memilih buku yang anda ingin baca kerana anda telahpun sedia mengasingkannya mengikut kandungannya atau subjeknya. Anda boleh membahagikan buku-buku di rak anda kepada beberapa bahagian seperti puisi, fiksyen dan sebagainya.
5. Mengikut Emosi
Anda juga boleh menyusun buku anda mengikut emosi yang anda rasai ketika membacanya. Contohnya, jika anda mahu membaca buku yang boleh membuatkan anda sedih, anda sudah tahu di mana untuk mencarinya.
***
Sumber: Quirk Books