Penulis menggunakan nama pena atas pelbagai sebab. Namun satu ketika dahulu nama pena digunakan untuk sebab yang lebih serius sehinggakan ada yang terpaksa menggunakan nama pena untuk keselamatan nyawa mereka sendiri.
Berikut adalah beberapa contoh kisah di sebalik nama pena beberapa penulis terkenal.
Buku: Robinson Crusoe (1719)
Nama Pena:Robinson Crusoe
Nama Sebenar: Daniel Defoe
Defoe menggunakan nama samaran untuk mengelakkan beliau menghadapi masalah dengan pihak berkuasa akibat tulisannya yang begitu provokatif.
Buku: Candide (1759)
Nama Pena: Voltaire
Nama Sebenar: Fracois-Marie Arouet
Arouet menggunakan nama pena untuk memisahkan diri beliau dari masa lampau dan keluarga beliau dan untuk merahsiakan identitinya ketika beliau menulis buku yang mengkritik pemerintah ketika itu.
Buku: Middlemarch (1872)
Nama Pena: George Elliot
Nama Sebenar: Mary Ann Evans
Sebab utama Evans menggunakan nama pena adalah untuk mengelak dari prejudis terhadap penulis perempuan pada zaman beliau hidup.
Buku: The Adventures of Huckleberry Finn (1884)
Nama Pena: Mark Twain
Nama Sebenar: Samuel Langhorne Clemens
Dikatakan sebab utama Clemens menggunakan nama pena ini adalah untuk membuatkan beliau lebih diterima sebagai penulis dari selatan yang mana ia menjadi lokasi dalam ceritanya.
Buku: Veinte poemas de amor y una canción desesperada (1924)
Nama Pena: Pablo Neruda
Nama Sebenar: Ricardo Eliecer Neftali Reyes Basoalto
Basoalto menggunakan nama pena untuk menyembunyikan hakikat bahawa beliau menulis puisi yang mana ia tidak digemari oleh ayahnya.
***
Sumber: Electric Literature