Bagi penggemar buku tidak kira di mana sahaja mereka berada, peluang untuk mengunjungi kedai-kedai buku yang hebat di seluruh dunia pasti merupakan antara salah satu impian utama dalam hidup mereka. Kedai-kedai buku yang hebat ini umpama syurga yang didatangkan ke dunia. Berikut disenaraikan kedai-kedai buku yang sering dan pernah menjadi tumpuan penggemar buku di seluruh dunia.

Polare (Maastricht)
Apa yang patut sebuah bandar buat dengan gereja kosong berusia 800 tahun? Mereka mungkin boleh meniru negara Belanda dengan menjadikannya sebuah pusat buku. Tidak lama dahulu, gereja lama Dominican yang terletak di Maastricht ini pernah digunakan sebagai stor penyimpanan basikal namun ucapan terima kasih harus diberikan kepada arkitek Merkx+Girod yang telah melakukan pengubahsuaian radikal terhadap gereja ini dan menjadikannya salah satu cawangan kedai buku Polare dan merupakan antara kedai buku yang tercantik sepanjang zaman. Kedai buku yang sebelum ini dkenali sebagai Boekhandel Selexyz Dominicanen masih mengekalkan karektor dan tarikan sebuah gereja lama, tetapi pada masa yang sama ia turut dihiasi dengan rekaan dalaman moden dan minimalis yang menyembunyikan hakikat bahawa ia pada asalnya adalah sebuah bangunan lama. Daripada gambar-gambar yang boleh didapati di laman sesawang, anda boleh melihat bahawa ianya adalah seumpama kedai buku yang didatangkan dari syurga. Buat masa ini, kedai buku ini ditutup tanpa diketahui samada ia akan dibuka semula atau tidak.
***
El Ateneo
Satu dunia berada di mukasurat yang sama apabila berada El Ateneo, sebuah kedai buku yang diubahsuai daripada sebuah bangunan teater lama di pusat Bandar Buenos Aires, Argentina. Seperti yang anda boleh lihat daripada foto di atas, El Ateneo masih mengekalkan kemegahannya yang terdahulu. Ia dihiasi dengan siling yang dicat dengan indah, balkoni asal yang masih utuh dan ukiran-ukiran yang mengagumkan. Malah tirai pentas berwarna merah lembayung juga masih kekal menjadi sebahagian daripada dekorasi dalaman kedai buku ini. Kerusi yang selesa juga diletakkan di segenap pentas yang digunakan sebagai tempat membaca dan kafe, malah apa yang lebih menarik, kotak teater juga turut digunakan sebagai ruang-ruang bacaan kecil.
Pautan: http://www.elateneo.com.ar/
***
Livraria Lello
Livraria Lello di Porto, Portugal ini telah menjual buku dalam persekitaran yang sungguh menyegarkan sejak dari tahun 1881, membuktikan bahawa bangunan yang dibina khusus sebagai sebuah kedai buku adalah amat berguna sepertimana sebuah bangunan lama yang diubahsuai. Bangunan Livraria Lello menampilkan “tangga ke syurga” dan ukiran pada panel kayu dan kolum yang sangat rumit, catan pada gelas siling dan sudah tentu koleksi buku yang sangat menarik.
***
Secret Headquarters Comic Bookstore
Jika hendak dibandingkan dengan kek lapis Porto dan Buenos Aires yang sangat terkenal, kedai komik ini hanyalah seperti profiterole, tetapi hakikatnya kedai komik Secret Headquartes adalah lebih daripada itu. Terletak di tengah-tengah gugusan kreatif Silver Lake, tidak jauh dari timur Hollywood, kedai berkonsep butik ini menawarkan alternatif sofistikated kepada kebanyakan pesaingnya dan mempunyai reputasi sebagai antara salah satu kedai komik terbaik dan mesra pelanggan. Penulis sains fiksyen Cory Doctorow yang berasal dari Kanada menyatakan kedai komik ini adalah yang terbaik di dunia.
***
Borders (Glasgow)
Kemegahan francais kedai buku yang berpusat di Michigan mungkin membuatkan ramai penjual buku kecil-kecilan berasa gentar tetapi ianya tidak pernah gagal untuk membuatkan ramai penggemar buku jatuh cinta dengan keindahan senibina neo-klasikal bangunan yang tersergam di cawangan kedai buku Borders di Glasgow ini. Pada asalnya, bangunan ini direka oleh Archibald Elliot pada tahun 1827 untuk Royal Bank namun ianya telah diambil alih oleh Borders sejak awal abad ini dan ramai penggemar buku telah jatuh cinta dengan senibinanya. Sepertimana kon trafik yang diletakkan di kepala patung Wellington, panorama orang ramai membaca buku di tangga luar bangunan ini mungkin menjadi antara salah satu simbol utama di Glasgow.
*Nota: Borders (Glasgow) telah ditutup pada tahun 2009.
***
Scarthin Books
Sudah tentu ramai yang menyukai keindahan senibina lama kedai buku seperti Scarthin Books ini yang terletak di Peak District, United Kingdom. Scarthin telah menjual buku lama dan baru sejak dari pertengahan tahun 1970an lagi. Ia mempunyai ruang yang dipenuhi buku lama dan baru, kafe yang ceria dan juga pameran di tingkat satu yang tidak pernah gagal menimbulkan perasaan ingin tahu setiap pengunjungnya. Ianya sebuah kedai buku yang amat disayangi sehinggakan ia sanggup mengiklankan senarai rumah tumpangan di kawasan sekitar bagi membolehkan peminat kedai buku ini bermalam berdekatan dengan mereka.
Pautan: http://www.scarthinbooks.com/
***
Posada
Terletak di sebuah rumah lama berdekatan gereja St Magdalen di Brussels, Belgium; kedai buku Posada bukan sahaja terkenal dengan koleksi buku seni baru dan lama malah turut terkenal kerana keindahan senibina dalamannya. Ia menyimpan koleksi katalog pameran yang sangat mengagumkan dan ada diantara koleksinya menjangkau sehingga seawal kurun ke 19. Pameran juga kadang-kadang diadakan di kedai buku Posada ini.
*Nota: Posada, Brussels telah ditutup pada tahun 2011.
***
Cafebreria El Pendulo
Cawangan kedai buku Pendulo di Polanco, Kota Mexico ini telah sekian lama terkenal sebagai antara salah satu tempat berlindung daripada panas terik mentari di kota paling besar di dunia ini. Walaupun ia memiliki koleksi buku bahasa inggeris yang kecil, senibina terbukanya yang dipenuhi dengan pokok menjadi lokasi terbaik untuk berehat di waktu tengahari. Secara jujurnya, kafe di kedai buku ini juga sangat bagus sepertimana koleksi bukunya.
Pautan: http://www.pendulo.com/
***
Keibunsya
Jika anda meminati kedai buku yang memiliki koleksi buku yang anda tidak faham bahasanya, maka Keibunsya yang terletak di Kyoto, Jepun ini patut berada dalam senarai anda juga. Ada yang mengatakan tarikan kedai buku ini adalah penataan cahayanya dan ada juga yang kata kerana panel yang diatur dengan sepadan atau mungkin juga kerana galeri-galeri kecil yang diletakkan di rak-rak bukunya. Namun apa yang pasti ramai bersetuju bahawa tarikan utamanya adalah kerana kemahsyuran kedai buku ini sendiri yang memang sukar ditandingi. Terdapat banyak buku seni dalam bahasa Jepun untuk dilihat dan dinikmati disamping beberapa koleksi buku dalam bahasa Inggeris.
Pautan: http://www.keibunsha-books.com/
***
Hatchards
Walaupun secara teknikalnya, kedai buku Universiti Cambridge adalah kedai buku yang tertua di Britain, kedai buku Hatchards yang mula beroperasi sejak tahun 1797 sudah pastinya kedai buku yang paling aristokratik. Ia bukan sahaja gah dengan waran diraja - yang bermaksud ia membekalkan buku kepada ratu Britain - malah ia turut gah dengan penulis-penulis terkenal seperti Disraeli, Wilde dan Byron yang pernah menjadi pelanggan tetap mereka. Sehingga ke hari ini, ia masih mengekalkan semangat lampaunya, dengan senibina dalaman yang digambarkan oleh salah seorang penggemarnya “seperti berada didalam sebuah rumah tua yang besar, dengan enam tingkat bilik-bilik kecil yang bersambung antara satu sama lain mengelilingi tangga utamanya.”
***
Barter Books
Terletak di stesen keretapi Victorian di sebuah perkampungan kecil di England, kedai buku terpakai ini (dimana anda boleh membeli dan bertukar buku) adalah antara salah satu kedai buku terpakai terbesar sejak ia dibuka pada tahun 1991. Kedai buku ini mula menjadi terkenal apabila ia menjumpai poster slogan “Keep Calm and Carry On” dari perang dunia kedua yang tersimpan didalam sebuah kotak lama dimana slogan tersebut digunakan dengan meluas pada hari ini.Pautan: http://www.barterbooks.co.uk
***
Libreria Acqua Alta
Kedai buku seperti ini mungkin hanya boleh wujud di Venice, Itali. Diantara ribuan buku, tersimpan banyak koleksi-koleksi buku yang bernilai tinggi tetapi untuk mendapatkannya anda perlu mencarinya didalam bot, tub mandi dan mungkin juga didalam gondola. Pemilik kedai buku ini adalah Luis Frizzio, seorang lelaki tua berasal dari Venice berusia 70 tahun yang sangat suka bertemu dan berbual dengan pelanggannya. Kedai buku ini terletak berhampiran dengan salah satu terusan terkenal di Venice dan juga menjadi tempat tinggal beberapa ekor kucing.Pautan: http://www.facebook.com/pages/libreria-Acqua-Alta-a-Venezia
***
Cook and Book
Cook and Book adalah kombinasi kedai buku dan restoran yang sangat menarik dan indah. Terletak ditengah-tengah Bandar Brussels di Belgium, kedai buku ini meliputi saiz seluas sebuah pasaraya yang dibahagikan kepada 8 bahagian yang juga mengandungi bahagian muzik, dimana setiap satunya memiliki senibina berbeza dan memiliki kafe dan restorannya sendiri. Dengan kehadiran sebuah kereta lama Fiat 500 di tengah-tengah bahagian buku masakan, kepada sebuah caravan di bahagian buku pelancongan dan juga 800 buku yang tergantung dari siling di bahagian buku fiksyen, anda pasti akan jatuh cinta dengan kedai buku ini sehinggakan anda tidak mahu meninggalkannya.Pautan: http://www.cookandbook.be
***
Memegang gelaran sebagai kedai buku terbesar di Brazil, kedai buku yang terletak di Paulista Avenue yang cukup terkenal di Sao Paulo ini diasaskan oleh Eva Hertz pada tahun 1948. Dengan dekorasi dalaman yang sangat cantik, ia menjadi tumpuan penggemar-penggemar buku dan menjadi salah satu tempat wajib untuk dikunjungi jika anda berada Sao Paulo.
***
Atlantis Books
Atlantis Books yang dimulakan sebagai sebuah projek sekumpulan rakan dari Cyprus, England dan Amerika baru sahaja menyambut ulangtahunnya yang ke 10. Jika anda sampai ke Santorini di Greece, anda boleh berehat di kedai buku ini sambil membaca buku dan mendapatkan ilham untuk pengembaraan anda yang seterusnya.Pautan: http://www.atlantisbooks.org
***
The Last Bookstore
Syurga buku yang terletak di bekas bangunan sebuah bank yang masih terpelihara ini adalah kedai buku independen yang terbesar di utara California. Di antara ratusan ribu bukunya, terletak kolum-kolum marmar dan pintu besar yang jelas kelihatan. Disamping menghadiri majlis-majlis yang dikelolakan, konsert dan juga pasar, anda dicadangkan juga supaya “menghilangkan” diri di celah ribuan koleksi buku-buku yang berselirat di kedai buku ini.
Pautan: http://www.lastbookstorela.com
***
Shakespeare and Company
Masa kini, kedai buku ini bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah kedai buku malah turut menjadi tumpuan pelancong dari segenap pelusuk dunia yang datang melawat kota Paris. Terletak bersebelahan dengan gereja Notre Dame, tempat yang sempit dan sangat sibuk dengan pelancong ini sebenarnya sangat menggiurkan. Di tingkat atas, mereka menempatkan pengunjung-pengunjung yang bekerja di kedai buku ini untuk beberapa jam setiap hari dan di tingkat bawah pula terdapat perigi permintaan dimana para pengunjung boleh mencampakkan duit siling mereka ke dalam perigi tersebut.Pautan: http://www.shakespeareandcompany.com
***
Libreria Bardon
Diasaskan pada tahun 1947, kedai buku ini menjadi lokasi ikonik di tengah-tengah kota Madrid dimana anda boleh menjumpai karya-karya sastera yang sangat bernilai. Apabila anda masuk ke dalam kedai buku ini, anda akan disambut dengan aroma buku-buku lama yang setia menanti untuk ditemui dan dibaca.Pautan: http://www.libreriabardon.com
***
The Bookworm
Kedai buku ini menjadi kedai buku bahasa inggeris utama di kota Beijing dan turut menjadi pusat untuk aktiviti kebudayaan. Kedai buku ini gah dengan koleksi buku pelbagai judul yang mencecah lebih 16 ribu judul dan apabila anda berasa penat, anda boleh berehat di restorannya yang sangat cantik.Pautan: http://www.beijingbookworm.com
***
Librairie des Colonnes
Tempat ini mungkin kecil tetapi ia dipenuhi dengan tarikan berunsur Perancis. Di sebalik cermin kaca dan kolum-kolum berwarna merah, ia menyimpan koleksi buku dalam bahasa Inggeris, Perancis dan buku-buku Castilian daripada penulis seperti Beckett, Marguerite dan juga Yourcenar. Pemiliknya Pierre Berge dan Simon-Pierre Hamelin sering mengadakan pelbagai majlis seperti acara menandatangani buku, tayangan filem dan juga persembahan muzik. Selepas seharian berada dalam kesibukan di kota Tangier, Maghribi ini anda boleh datang kesini dan menikmati suasana oasis yang pasti menenangkan.
***
LibrerÃa Altair
Terkenal sebagai pakar pelancongan tersohor di Eropah, ianya juga mungkin antara salah satu kedai buku tercantik di dunia. Terletak bersebelahan sebuah universiti di Barcelona, ia sudah berdekad-dekad menjadi tempat bagi pengembara untuk mencari ilham bagi pengembaraan mereka yang seterusnya. Ambil sebuah buku, duduk di sofa dibawah kolum-kolum besi yang sangat cantik dan biarkan diri anda hilang dalam imaginasi anda.Pautan: http://www.altairlibreria.com
***
Bart’s Books
Diasaskan pada tahun 1964 oleh Richard Bartinsdale, kedai buku Bart yang terletak di California ini adalah antara salah satu kedai buku terbuka yang tebesar di dunia dan ianya dibuka hampir setiap hari. Rak-rak buku dletakkan berhadapan jalan dan laman kecil yang disinari cahaya matahari dan pengunjung boleh membuat bayaran dengan memasukkan duit syiling kedalam bekas yang disediakan.Pautan: http://www.bartsbookofojai.com
***
Livraria Da Vila
Pautan: http://www.livrariadavila.com.br
Politics & Prose
Terletak di Washington, ia gah dengan barisan tetamu yang terkenal. Antara yang pernah hadir sebagai tetamu dan mengadakan diskusi dan temubual di kedai buku ini adalah J.K Rowling dan Bill Clinton. Ia juga memiliki kafe yang sangat menarik.
Pautan: http://www.politics-prose.com
***
Corso Cosmo
Berdiri megah di Milan, Corso Cosmo berfungsi bukan sahaja sebagai kedai buku tetapi juga sebagai pasar lambak yang sudah pastinya membuatkan para pengunjungnya berasa teruja.
Pautan: http://www.10corsocomo.com/
***
Prairie Lights
Kedai buku ini terletak bersebelahan dengan Famous Writer's Workshop Universiti Iowa yang merupakan bengkel atau program yang melibatkan alumni penulis-penulis terkenal yang diantaranya termasuk Kurt Vonnegut. Dimiliki oleh pasangan penyajak, kedai buku ini memiliki lebih 40 ribu tajuk buku meliputi fiksyen, buku kanak-kanak dan sudah pastinya buku puisi.
Pautan: http://www.prairielights.com
***
Boulder Books
Kedai buku Boulder yang terletak di Colarado ini sangat terkenal sebagai tempat tumpuan penulis-penulis terkenal untuk mengadakan acara-acara rasmi seperti acara pelancaran dan menandatangani buku. Antara penulis yang pernah hadir ke kedai buku ini adalah Christopher Moore, Joyce Carol Oates, Deepak Chopra, Garrison Keillor, Jon Krakauer, Mitch Albom, David Sedaris, Elizabeth Gilbert, Terry Prachett dan Sherman Alexie.
***
Powell's Books
Kedai buku yang terletak di bekas kedai menjual kereta di Portland, Oregan ini gah dengan koleksi bukunya yang melebihi satu juta tajuk.
Kedai yang memiliki keluasan 68 ribu kaki persegi ini dibahagikan kepada 9 ruang yang mempunyai warna tersendiri dan memiliki lebih 35 ribu bahagian buku. Pertama kali anda melangkah kesini, pasti anda akan merasakan bahawa anda boleh menjumpai kesemua tajuk buku yang wujud di dunia ini.
Kedai yang memiliki keluasan 68 ribu kaki persegi ini dibahagikan kepada 9 ruang yang mempunyai warna tersendiri dan memiliki lebih 35 ribu bahagian buku. Pertama kali anda melangkah kesini, pasti anda akan merasakan bahawa anda boleh menjumpai kesemua tajuk buku yang wujud di dunia ini.
Pautan: http://www.powells.com
***
Word on the Water
***
Books Actually
Pautan: http://www.booksactually.com
***
American Book Center
***
Strand Bookstore
Pautan: http://www.strandbooks.com
John K. King Used And Rare Books
Kedai buku ini menyimpan lebih sejuta buku. Terletak di sebuah bekas kilang sarung tangan di Detroit, Michigan; anda pasti tidak akan sedar masa berlalu apabila anda menyusuri koleksi-koleksi buku yang tersimpan disini.
Pautan: http://www.rarebooklink.com/
***
BookPeople
Terletak di Austin, Texas, kedai buku ini merupakan antara kedai buku independen terbesar di Amerika. Kedai buku ini berbangga dengan barisan kakitangannya yang begitu mahir dan berpengetahuan tentang buku disamping koleksi-koleksi judul buku hebat dalam simpanan mereka.
Pautan: http://www.bookpeople.com
***
Brazenhead Books
Kedai buku yang terletak di kota New York ini hanya dibuka melalui temujanji sahaja. Dilaporkan kedai buku ini akan ditutup pada bulan Oktober ini dan pemiliknya masih mencari lokasi baru untuk kedai buku ini.
Pautan: www.michaelseidenberg.flavors.me
***
Books & Books
Terletak di Miami, Florida; kedai buku yang ditempatkan disebuah bangunan berusia lebih 90 tahun ini gah dengan koleksi-koleksi buku seni. Mereka juga sering mengadakan acara-acara berkaitan buku yang sudah pastinya menjadi tumpuan ramai.
Pautan: http://www.booksandbooks.com
***
Arkitek Chu Chih-Kang mengambil inspirasi daripada seorang sami Buddha pada zaman Dinasti Tang untuk merekabentuk konsep perpustakaan yang terletak di Chengdu, China ini. Pelbagai bahan binaan semulajadi digunakan untuk membina perpustakaan ini untuk mewujudkan suasana dramatik yang menarik.
Pautan: site.doubhan.com
Assouline adalah syarikat penerbitan buku terkenal yang baru menyambut ulangtahun ke 20 pada tahun lalu dan mereka telah membuka sebuah cawangan kedai mereka di kawasan Piccadilly di London. Kedai buku yang diwujudkan di dalam sebuah bangunan yang berusia hampir seratus tahun ini membolehkan pelanggan memesan buku yang direka mengikut citarasa mereka sendiri dan terdapat juga kafe disediakan untuk pelanggan-pelanggan yang datang.
Pautan: assouline.com
Kedai buku setinggi empat tingkat yang terletak di Rio De Janeiro ini memiliki buku-buku yang disusun dengan menarik sekali. Tempat duduknya yang juga direka dengan menarik oleh pereka seperti Sergio Rodrigues yang memberikan ruang membaca yang selesa untuk para pelanggan yang datang.
Pautan: saraiva.com.br
Kedai buku Daunts Book mempunyai 6 cawangan disekitar kota London tetapi cawangan di Marylebone ini dikatakan memiliki senibina dan senireka dalaman yang sangat mengujakan.
Pautan: www.dauntbooks.co.uk
***
Plural Bookshop
Dibuka di Bratislava, Austria pada tahun 2010, kedai buku ini memiliki bar dan senireka tangganya yang besar menjadi lokasi sesuai untuk mengadakan konsert kecil, menganjurkan syarahan dan tempat membaca. Walaupun kedai buku ini kecil, senibina yang bijak membuatkannya nampak luas.
Pautan: www.plural.sk/sk/
***
Daikanyama T-Site
Kedai buku yang terletak di Tokyo ini sentiasa menjadi tumpuan anak-anak muda kerana disamping menjual buku, ia turut menjual dan menyewakan filem dan muzik.
Rekaan bangunan yang dibina oleh Klein Dytham Architechture pernah menerima anugerah semasa Festival Senibina Dunia.
Rekaan bangunan yang dibina oleh Klein Dytham Architechture pernah menerima anugerah semasa Festival Senibina Dunia.
Pautan: tsite.jp/daikanyama/
***
Le Pont Traverse
Kedai buku Shakespeare And Company mungkin terkenal di kota Paris tetapi kedai buku ini tidak kurang juga hebatnya. Kedai buku ini asalnya adalah sebuah kedai menjual daging. Ciri-ciri asal kedai ini masih dikekalkan oleh pemiliknya.
Pautan: http://goo.gl/UpOJSv
***
The Academic Bookstore
Senibina kedai buku yang terletak di Helsinki, Finland ini direka oleh Alvar Aalto. Kedai buku ini memiliki lebih 450,000 jilid buku dan selepas mengunjungi kedai buku ini, anda boleh juga mengunjungi muzium seni yang terletak berdekatan.
Pautan: www.academic-bookshop.com
***
Fang Suo Commune
Arkitek Chu Chih-Kang mengambil inspirasi daripada seorang sami Buddha pada zaman Dinasti Tang untuk merekabentuk konsep perpustakaan yang terletak di Chengdu, China ini. Pelbagai bahan binaan semulajadi digunakan untuk membina perpustakaan ini untuk mewujudkan suasana dramatik yang menarik.
Pautan: site.doubhan.com
***
Assouline
Assouline adalah syarikat penerbitan buku terkenal yang baru menyambut ulangtahun ke 20 pada tahun lalu dan mereka telah membuka sebuah cawangan kedai mereka di kawasan Piccadilly di London. Kedai buku yang diwujudkan di dalam sebuah bangunan yang berusia hampir seratus tahun ini membolehkan pelanggan memesan buku yang direka mengikut citarasa mereka sendiri dan terdapat juga kafe disediakan untuk pelanggan-pelanggan yang datang.
Pautan: assouline.com
***
Savaiva
Kedai buku setinggi empat tingkat yang terletak di Rio De Janeiro ini memiliki buku-buku yang disusun dengan menarik sekali. Tempat duduknya yang juga direka dengan menarik oleh pereka seperti Sergio Rodrigues yang memberikan ruang membaca yang selesa untuk para pelanggan yang datang.
Pautan: saraiva.com.br
***