MENGEMBARA MENGELILINGI DUNIA MELALUI 25 BUKU KANAK-KANAK


Bayangkan membawa anak-anak kecil mengembara ke seluruh dunia tanpa perlu meninggalkan rumah. Itulah idea di sebalik penghasilan siri buku kanak-kanak berjudul Spin The Globe: The Incredible Adventures Of Frederick Von Wigglebottom. Ketahui dari mana penulis buku Edward Moldenhauer mendapat ilham untuk menghasilkan siri buku ini disamping senarai buku yang boleh membantu anak-anak kecil mengenali dunia.



SPIN THE GLOBE: THE INCREDIBLE ADVENTURES OF FREDERICK VON WIGGLEBOTTOM

Ketika Edward Moldenhauer memikirkan idea-idea yang segar untuk cerita sebelum tidur buat anak-anaknya, beliau meminta anak-anaknya untuk menunjukkan jari mereka secara rawak ke peta dunia di glob dan cerita beliau akan bermula di tempat dimana jari tersebut ditunjukkan. Kesinambungan dari itu, maka lahirlah buku The Incredible Adventures of Frederick von Wigglebottom ini.
***


DREAMTIME IN ALICE SPRINGS
Alice Springs, Australia

Pengembaraan Frederick von Wigglebottom bermula di Alice Spring, sebuah bandar di tengah Australia yang mempunyai pengaruh penduduk asli Australia yang kuat. "Saya cuba memilih bandar yang tidak berapa dikenali tetapi mempunyai budaya dan karekteristik yang unik" ujar Modenhauer. Hasil pengalaman Modenhauer semasa berkhidmat didalam tentera, beliau berjaya menggambarkan bandar tersebut dengan begitu terperinci sekali.


***


FJORDS, VIKINGS AND REINDEER
Trondheim, Norway

Frederik von Wigglebottom kemudiannya mengembara ke Norway untuk belajar tentang warisan sejarah Viking dan sejarah Scandinavia. Frederick selalu bertemu kawan baru dalam setiap pengembaraannya dan kali ini beliau bertemu dengan Nikolina dan Erik.




Setiap buku didalam siri ini menampilkan ilustrasi yang berwarna-warni dan disertakan glosari terma-terma yang digunakan di mukasurat belakang yang membuatkan buku ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi juga untuk orang dewasa.
***


THE INVENTION OF HUGO CABRET
Paris, Perancis
Buku yang mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang tinggal di sebuah stesyen keretapi di Paris ini mengandungi lebih 300 mukasurat lukisan daripada pensil yang menggambarkan kehidupan di kota Paris di tahun 1930an. Sudah pastinya buku ini wajib berada dalam koleksi anda.
***


MADELINE
Paris, Perancis

Adalah tidak patut jika tidak memperkatakan tentang buku ini bila bercakap tentang buku kanak-kanak yang berlatarbelakangkan kota Paris. Buku ini sudah pastinya membuatkan anda susah untuk melupakan Madeline dan pengembaraannya.
***


ANNE OF GREEN GABLES
Kepulauan Prince Edward, Kanada

Anne Shirley dengan sehabis baik memberikan versi idealistik kepulauan Prince Edward, dengan menukarkan penduduk tempatan menjadi karekter yang mempunyai magisnya tersendiri. Setiap kanak-kanak sudah pastinya akan berangan untuk melawat “The Lake of Shining Waters” dan “White Way of Delight” selepas membaca buku ini.
***


MONSOON
Delhi, India

Monsoon mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang sedang menunggu bermulanya musim hujan di India. Dengan menggunakan ayat-ayat yang puitis dan ilustrasi yang menarik, penulis Uma Krishnaswami membawa kita melihat potret kehidupan di Delhi seperti loceng-loceng di Kuil, panas siang yang terik dan juga kesibukan jalan-jalan di kota Delhi.
***


STREGA NONA
Calabria, Itali

Strega Nona adalah antara salah satu buku kanak-kanak yang sangat popular di Itali. Penulis Tomie dePaola begitu hebat dalam menggambarkan bukit bukau, bumbung-bumbung rumah yang berombak dan juga makanan-makanan (terutamanya spaghetti) di bandar yang terletak di selatan Itali ini.
***


WABI SABI
Kyoto, Jepun

Wabi San adalah seekor anak kucing betina yang hidup dengan aman di Jepun sehinggalah beliau mula cuba merungkai asal usul namanya. Bila tuannya tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan, Wabi San memutuskan untuk mengembara merentasi Kyoto, melewati gunung Hiei, Ginkakuji, dan belajar tentang pentingnya menghargai keindahan tempat-tempat yang tidak dijangka.
***


ELOISE IN MOSCOW
Moscow, Russia

Eloise yang bertuah ini bukan terkenal dengan kenakalannya ketika berada di hotel The Plaza, tetapi beliau banyak juga menghabiskan masa merayau-rayau ke sekeliling Rusia bersama anjing dan pengasuh beliau yang sudah tentunya ia pengembaraan yang sangat mengujakan.




***


FROM THE MIXED-UP FILES OF MRS. BASIL E. FRANKWEILER
New York

Buku yang popular sepanjang zaman ini mengisahkan dua adik-beradik yang menghabiskan malam mereka di Metropolitan Museum of Art yang merupakan salah satu mercu utama kota New York. Sejak buku ini diterbitkan, ramai kanak-kanak berangan untuk menghabiskan malam mereka di muzium.
***


DODSWORTH IN ROME
Rome, Itali

Siri buku Dodsworth ini membaca pembacanya  melalui pengembaraan berbeza didalam setiap buku yang mana setiap pengembaraan akan diketuai oleh seekor tikus bernama Dodsworth dan rakan itik beliau. Dalam siri buku Dodsworth In Rome, mereka berdua membaling duit ke dalam Trevi Fountain, bertanding dalam pertandingan membaling pizza dan hampir mengecat semula Sistine Chapel.
***


TINTIN IN TIBET
Tibet, China
Seperti yang anda semua tahu, Tintin adalah antara karekter pengembara yang sangat terkenal. Dalam siri ini, beliau terbaca tentang nahas kapal terbang di pergunungan Himalaya dan beliau telah mengembara ke sana dengan harapan dapat menyelamatkan rakan beliau yang merupakan salah seorang penumpang didalam kapal terbang tersebut. Ada yang menyatakan bahawa siri ini adalah siri kegemaran penulis siri buku Tintin iaitu Georges Prosper Remi.
***


UNDER THE PERSIMMON TREE
Peshawar, Pakistan


Under the Persimmon Tree mengisahkan tentang dua individu: Najmah, seorang gadis Afghan yang bapanya telah menyertai Taliban dan Nusrat, seorang wanita Amerika yang menanti perang di Peshawar. Dalam usaha mereka mencari jawapan dan menyelamatkan diri, takdir mereka saling bertemu.
***


A SINGLE SHARD
Ch'ulp'o-ri, Korea Selatan

Buku yang menerima pingat Newbery ini mengisahkan tentang seorang anak muda yang bekerja dengan pakar pembuat tembikar di sebuah perkampungan di Ch'ulp'o-ri, Korea Selatan. Beliau terpaksa melalui perjalanan yang amat jauh bagi memperkenalkan hasil kerja beliau kepada Istana dan menceritakan bagaimana beliau sanggup menempuhi apa saja halangan dan cabaran untuk sampai ke istana.
***


FLY HIGH, FLY LOW
San Francisco, California


Buku In Fly High, Fly Low ini mengisahkan dua ekor burung di San Francisco yang menetaskan beberapa biji telur di tempat yang agak tidak dijangka iaitu di huruf "B" di papan tanda yang terletak di puncak hotel The Bay. Buku ini membawa pembacanya mengembara ke tempat-tempat klasik di San Franscisco.
***


INSIDE OUT AND BACK AGAIN
Saigon, Vietnam

Buku yang menerima penghormatan Newbery ini terinspirasi daripada pengalaman penulisnya Thanhha Lai yang terpaksa meninggalkan Saigon, Vietnam ketika waktu kecilnya akibat perang dan berhijrah ke Alabama, Amerika. Buku ini menceritakan kisah dan pengalaman realistik dari kaca mata seorang kanak-kanak ketika tinggal di Saigon di zaman perang.
***


BOXES FOR KATJE
Olst, Belanda

Selepas perang dunia ke dua, tidak banyak yang perkara menarik yang boleh didapati di bandar Olst. Tetapi pada satu hari di musim bunga, Katje telah menerima sebuah kotak berisi makanan dan pakaian daripada seorang anak gadis yang tinggal di Amerika yang menandakan bermulanya koresponden antarabangsa diantara mereka berdua yang penuh dengan kejutan.
***


THE LIBRARIAN OF BASRA: A TRUE STORY FROM IRAQ
Basra, Iraq


Alia Muhammad Baker, seorang pustakawan di Basra, mengalami kesukaran untuk menyelamatkan koleksi buku-bukunya yang sangat bernilai selepas perang tercetus di Iraq. Kisah benar ini memberi pengajaran yang amat bermakna tentang kehidupan wanita-wanita di timur tengah dan perasaan cinta terhadap sastera dan ilmu pengetahuan.
***


MERCEDES AND THE CHOCOLATE PILOT
Berlin, Jerman

Buku ini menceritakan kisah benar seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun bernama Mercedes yang tinggal di Berlin barat ketika pengeboman udara berlaku, dan kisah juruterbang Leftenan Gail S. Halvorsen yang mengugurkan barang-barang keperluan untuk kanak-kanak dari kapal terbang yang dipandunya. Tulisan dan lukisan yang mengusik perasaan membantu untuk menggambarkan potret kehidupan di Jerman pada tahun 1948.
***


JOURNEY TO JO’BURG
Johannesburg, Afrika Selatan

Naledi yang berusia 13 tahun dan adiknya Tiro meninggalkan kampung mereka untuk mencari ibu mereka di Johannesburg. Sudah tentu kisah perjalanan mereka ke Johannesburg ini menceritakan tentang budaya dan lanskap Afrika Selatan dengan amat menarik sekali.
***


A BEAR CALLED PADDINGTON
London, England

Sejak pertama kali Michael Bond menulis tentang kisah beruang bernama Paddington pada tahun 1958, beruang yang sangat menggemari jem marmalad ini pantas menjadi pujaan kanak-kanak di seluruh dunia. Dalam siri pertama beruang Paddington, pengembaraan beruang ini membawanya menyusuri kota London, menonton teater dan sudah tentunya mengunjungi stesyen keretapi Paddington.
***


LITTLE LEAP FORWARD: A BOY IN BEIJING
Beijing, China

Little Leap Forward membawa kita ke era revolusi kebudayaan di China. Seorang budak lelaki yang membesar di Hutong, Beijing pada tahun 1960an begitu sedih apabila terpaksa melepaskan seekor burung yang beliau tangkap. Tetapi kemudiannya beliau mengetahui bahawa burung itu tidak akan berkicau jika ianya dikurung.
***


MOONLIGHT ON THE MAGIC FLUTE
Vienna, Austria

Salah satu buku dari siri Magic Tree House ini membawa kita mengembara ke Vienna, Austria ketika kurun ke 18. Berlatarbelakangkan Istana Schonbrunn yang terkenal, buku ini sarat dengan sejarah, misteri dan magis.
***




BEAVER IS LOST
Chicago, Illinois

Buku bergambar karya Elisha Cooper ini mengisahkan seekor memerang yang terpisah daripada keluarganya. Lukisan yang sungguh cantik menggambarkan kota Chicago yang sibuk sepanjang ketika memerang itu berusaha untuk mencari jalan pulang ke pangkuan keluarganya.
***

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: MENGEMBARA MENGELILINGI DUNIA MELALUI 25 BUKU KANAK-KANAK
MENGEMBARA MENGELILINGI DUNIA MELALUI 25 BUKU KANAK-KANAK
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjup5-QC0pGW857kfADSVZfAlMPuBOdA_E6Yph0_UFEEh_z6LLZ-xeVSpUkal-IomBqb0PLAfxWfM7-LBwiv7KSRWA6IuRg0PXDbHQlRdy24T54o5kThLXyevDIDtIl9Y1SFvKWUOe9y60/s640/children+reading+book.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjup5-QC0pGW857kfADSVZfAlMPuBOdA_E6Yph0_UFEEh_z6LLZ-xeVSpUkal-IomBqb0PLAfxWfM7-LBwiv7KSRWA6IuRg0PXDbHQlRdy24T54o5kThLXyevDIDtIl9Y1SFvKWUOe9y60/s72-c/children+reading+book.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2017/02/mengembara-mengelilingi-dunia-melalui.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2017/02/mengembara-mengelilingi-dunia-melalui.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin