Haruki Murakami memang cukup terkenal di kalangan pembaca novel-novel moden. Walaubagaimanapun, mereka yang baru berjinak-jinak untuk membaca novel beliau sudah tentunya mengalami kesukaran untuk memilih novel mana yang patut dibaca dahulu. Jika anda dalam keadaan sebegitu, anda mungkin boleh merujuk senarai karya-karya terbaik daripada Murakami yang telah dibuat oleh Matthew Carl Strecher.
Strecher boleh dikatakan berada di posisi sesuai untuk menilai kehebatan novel-novel Murakami kerana beliau merupakan penulis tiga buah buku berkenaan karya-karya Murakami iaitu Dances with Sheep: The Quest for Identity in the Fiction of Haruki Murakami, Haruki Murakami's The Wind-Up Bird Chronicle: A Reader's Guide dan The Forbidden Worlds of Haruki Murakami.
Berikut adalah 10 karya terbaik Murakami menurut Strecher (mengikut turutan) yang mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak membaca karya-karya tulisan Murakami atau kepada mereka yang ingin melengkapkan koleksi novel-novel Murakami.
1. A Wild Sheep Chase
2. The Wind-Up Bird Chronicle
3. Hard-Boiled Wonderland And The End Of The World
4. IQ84
5. Colorless Tsukuru Tazaki And His Years Of Pilgrimage
6. Kafka On The Shore
7. Hear The Wind Sing
8. Pinball, 1973
9. Norwegian Wood
10. Dance Dance Dance
***
Sumber: Publishers Weekly