Bas memang antara salah satu pengangkutan awam yang popular di mana-mana sahaja pelusuk dunia. Sudah tentu ia juga antara "tempat" yang paling yang sesuai untuk mewujudkan perpustakaan.
Atas alasan itu, syarikat bas VHH di Hamburg, Jerman telah meletakkan rak buku di dalam bas mereka bagi membolehkan para penumpang meminjam buku ketika menaiki bas mereka.
Projek yang dikenali dengan nama "Buchhaltestellen" ini merupakan kerjasama di antara VHH dan kedai barang terpakai Stilbruch yang dimulakan sejak tahun 2010. Setakat ini, Stilbruch telah membekalkan lebih sejuta buku bagi 150 bas yang mempunyai rak buku ini.
***
Sumber: Buzzfeed