Setiap perpustakaan yang wujud di dunia kebanyakannya mempunyai misi yang sama: menyemai minat membaca dan juga memudahkan orang ramai untuk mendapatkan bahan bacaan. Tetapi ada juga perpustakaan yang mengambil langkah lebih proaktif dalam usaha menarik minat orang ramai supaya datang mengunjungi perpustakaan mereka. Di bawah disenaraikan antara perpustakaan yang pelik dan sudah tentunya mengujakan yang wujud diseluruh dunia.
Nassau Public Library Reading Room and Museum, Bahamas
Bangunan perpustakaan yang terletak di pulau Nassau, Bahamas, dahulunya adalah sebuah penjara. Dibina pada tahun 1797, bilik-bilik penjara di bangunan ini diisi dengan buku-buku dan terdapat juga muzium yang mempamerkan artifak-artifak suku kaum Arawak.
***
Hernando Guanlao’s library, Filipina
Perpustakaan milik Hernando Guanlao ini dibina diluar rumah beliau dan hanya menyimpan koleksi-koleksi buku kepunyaan Guanlao. Perpustakaan ini tiada sebarang peraturan khusus dan sesiapa pun boleh meminjam buku disini selama mana yang mereka mahu.
***
Arma de Instrucción Masiva, Argentina
Perpustakaan ini merupakan sebuah kereta kebal Ford Falcon 1979 yang pernah digunakan tentera Argentina yang kemudiaannya diubah menjadi sebuah perpustakaan bergerak.
***
Biblioteca Sandro Penna, Itali
Rekabentuk perpustakaan ini adalah seperti sebuah kapal angkasa. Terletak di Perugia, ia dinamakan sempena penyajak tersohor Sandro Penna.
***
Phone box Library, United Kingdom
Perpustakaan ini hanyalah sebuah pondok talifon. Walaubagaimanapun ia terbukti sebagai idea yang sangat bijak untuk menarik orang ramai untuk datang mengunjunginya.
***
100 Story House, Amerika
Perpustakaan ini adalah hasil seni umum oleh Julia Marchesi dan Leon Reid IV. Perpustakaan ini menggalakkan orang ramai membawa buku yang mereka tidak mahu lagi baca dan menukarkannya dengan buku-buku yang terdapat di perpustakaan kecil ini.
***
Underground New York Public Library, Amerika
Perpustakaan ini dibina di stesyen keretapi bawah tanah di New York. Ia memberi pinjaman buku secara percuma kepada penumpang-penumpang yang menggunakan perkhidmatan keretapi setiap hari.
***
BiebBus, Belanda
Perpustakaan bergerak ini dibina daripada kontena kapal. Rekabentuk perpustakaan ini sudah pastinya membuatkan semua orang terutamanya kanak-kanak teruja untuk mengunjunginya.
***
Perpustakaan Layan Diri, Beijing
Perpustakaan layan diri ini kini begitu popular di Beijing. Kelihatan seperti mesin pengeluaran wang, perpustakaan layan diri ini boleh dijumpai di beratus lokasi di Beijing.
***
Sumber: Quirk Books