Kita semua sudah tentunya mahukan ruang membaca kita sendiri yang bukan sahaja selesa, tetapi nampak menarik. Berikut adalah beberapa contoh ruang membaca yang boleh memberikan inspirasi kepada anda untuk mewujudkan ruang membaca anda sendiri.
Anda boleh menukar ruang di kediaman anda yang kelihatan "pelik" menjadi ruang membaca yang menarik. Contohnya seperti ruang di bawah tangga atau sudut ruang tamu yang kelihatan kosong.
Anda juga boleh mewujudkan ruang bacaan anda di luar rumah. Gunakan kreativiti anda untuk mewujudkan ruang bacaan yang bukan sahaja selesa, malah nampak menarik.
Pilih ruang yang mempunyai cahaya semulajadi atau lampu membaca yang sesuai serta tempat duduk yang selesa untuk anda membaca buku kegemaran anda
Jika anda ingin mewujudkan ruang membaca untuk kanak-kanak, anda boleh menambah rak untuk menyimpan buku atau barang-barang lain untuk mewujudkan ruang bacaan yang kemas dan tidak bersepah.
Selalunya pembaca inginkan tempat membaca yang mempunyai pencahayaan yang sesuai. Anda boleh memilih ruang-ruang tertentu di rumah anda yang mempunyai pencahayaan semulajadi yang sesuai dan meletakkan kerusi dan meja untuk mewujudkan ruang membaca anda sendiri.
***
Sumber: Huffington Post