SIHIR KEDAI BUKU TERPAKAI


Kedai buku adalah tempat paling mengujakan di dunia. Tiada apa yang mampu membuat saya rasa berdebar seperti memikirkan tentang menyusuri rak-rak buku lama yang sempit di kedai buku terpakai. Kamu tidak akan tahu apakah harta karun yang bakal kamu temui. Harta karun yang saya maksudkan adalah buku langka dan edisi pertama yang bernilai (adakah buku edisi pertama ditulis menggunakan dakwat emas dan sebagainya? Saya memang tidak tahu bagaimana untuk membezakannya). Harta karun ini adalah harta yang bernilai kepada kamu. Kamu mungkin menemui buku yang kamu sudah cari bertahun lamanya atau buku yang kamu tidak tahu sebenarnya ditulis oleh penulis kegemaran kamu tetapi dicetak dalam jumlah yang sedikit dan diterbitkan di negara lain. Harta karun seperti inilah yang membuatkan tapak tangan saya berpeluh akibat antisipasi dan membuatkan lutut saya berasa longgar. Tidak hairanlah suami saya merasakan dia seperti "lelaki asing" apabila saya pergi ke tempat sebegini.

Pada kehidupan lepas, maksud saya, ketika saya masih muda, saya begitu berbangga kerana memiliki kedai buku terpakai. Sejurus tamat pengajian di universiti, saya memutuskan untuk mengejar impian saya ketika saya masih tidak perlu memikirkan tentang duit.  Tanpa ansuran rumah untuk dibayar dan sebarang tanggungan, saya menghabiskan dua tahun menguruskan kedai buku terpakai saya "Second Edition"di sebuah pekan kecil di Paisley. Walaupun saya begitu gembira menguruskannya, saya sedar bahawa saya tidak akan mampu untuk mengaut keuntungan dengan menjual buku terpakai. Dengan tanggungjawab yang semakin banyak dan keperluan untuk membayar ansuran rumah, saya terpaksa membuat keputusan pahit untuk menutup kedai buku saya dan bekerja di sebuah panggung. Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan saya membuka kedai buku tersebut dan saya menghabiskan banyak hari saya memikirkan samada saya akan mempunyai peluang sekali lagi untuk melakukan perkara yang sama. Mampukah saya melakukannya sekali lagi dengan pengalaman selama sepuluh tahun yang saya ada? Ketika saya memikirkan perkara ini, saya mengambil setiap peluang yang ada untuk melihat versi kebahagiaan orang lain dan saya kerap mengunjungi kedai buku terpakai yang saya temui.

Ketika saya melawat Kanada baru-baru ini, saya terjumpa sebuah kedai buku di Inglewood bernama Fair's Fair. Walaupun saya mempunyai waktu yang singkat dan saya sedar saya tidak mempunyai ruang yang banyak dalam bagasi saya, saya tidak mampu menahan keinginan saya untuk masuk ke dalam kedai buku ini.



Ia adalah segala apa yang saya harapkan. Jika kamu berdiri di pintu masuknya, anda akan menemui satu tanjakan yang membawa kamu  ke dalam kedai buku ini. Kedai buku ini kelihatan seperti pernah menjadi sebuah gudang barang dan terdapat begitu banyak rak. Terdapat empat atau lima orang sedang melihat buku di rak dan terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan di belakang kaunter. Lebih menarik lagi, terdapat seekor arnab yang sedang duduk di atas meja kaunter. Ia tidak diletakkan dalam sangkar, sebaliknya ia duduk diam di atas meja itu. Perempuan di belakang kaunter mengusap-ngusap arnab tersebut sambil berbual dengan seseorang di hadapan kaunter.

Atas sebab itulah, tuan-tuan dan puan-puan, kenapa kedai buku terpakai adalah tempat paling hebat di dunia. Bolehkah kamu bayangkan kamu masuk ke dalam cawangan kedai buku Waterstones di tempat kamu dan melihat seekor arnab duduk di kaunter pembayaran? Atau seekor gerbil di pejabat pos? atau tikus belanda di Tesco? Salah satu sebab kenapa orang membuka kedai buku terpakai (selain daripada minat terhadap buku) adalah kerana mereka boleh menjadi aneh dan pelik tanpa perlu memberikan justifikasi kepada sesiapa. Mereka boleh membuka kedai buku mereka pada bila-bila masa yang mereka mahu, mereka boleh membawa binatang peliharaan mereka dan mereka boleh menghabiskan sepanjang hari berbual dengan pelanggan yang datang. Mereka sudah tentunya membuka sebuah kedai buku bukan kerana duit. Percayalah, saya tahu!

Menyedari bahawa saya tidak mempunyai masa yang banyak, saya melambai tangan saya kepada pasangan di belakang kaunter dan terus menuju ke rak bahagian biografi. Saya selalu memilih bahagian ini sebelum bergerak ke bahagian fiksyen/seram/fantasi (yang selalunya bahagian paling kecil di dalam kedai buku) dan mengakhirinya dengan bahagian bacaan umum dan melihat buku-buku penulis kesukaan saya mengikut huruf. Kamu perlu mempunyai sistem! 

Saya dengan pantas sedar bahawa menjenguk kedai ini bukanlah idea yang bagus. Kami sudah mengalami kesukaran untuk memasukkan kesemua barang ke dalam bagasi ketika datang ke Kanada dan sudah tentunya membeli buku dalam jumlah yang banyak bukanlah idea yang baik. Tetapi terdapat begitu banyak buku yang nampak menarik! Ia adalah syurga buku! Biografi kumpulan rock, kisah hidup pelakon, dan kemudian saya menjumpai bahagian sains fiksyen/fantasi dan seram. Ia sangat BESAR! Ia bukan setakat dua tiga rak seperti di kedai buku biasa, sebaliknya rak demi rak yang tersusun sehingga ke dinding di bahagian belakang. Teruja bukanlah perkataan sesuai untuk menggambarkan apa yang saya rasa! Saya berundur satu langkah dan melihat susunan rak-rak ini. Saya berasa seperti seorang kanak-kanak di dalam kedai gula-gula yang hanya dibenarkan untuk membeli satu jenis gula-gula sahaja. Tetapi masa dan saiz bagasi saya tidak memihak kepada saya.

Akhirnya, dengan masa yang semakin singkat, saya membeli dua buah buku dan kembali semula ke kereta saya. Suami saya sedang duduk bersandar di dalam kereta sambil meminum kopi. Dia melihat dua buah buku di tangan saya dan mengangguk seolah-olah seperti berkata "tahniah kerana tidak membeli keseluruhan kedai." 

Kalaulah dia tahu yang saya ada terfikir untuk membeli bagasi baru supaya boleh membeli lebih banyak buku...


***
Ini adalah terjemahan artikel tulisan L-J Clements yang diterbitkan di dalam My Big Geek Adventure. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: SIHIR KEDAI BUKU TERPAKAI
SIHIR KEDAI BUKU TERPAKAI
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH_QYTw0s47tcESjshII7ue8aJHLAT_B5nXrAt5FdCReeCMrMhBk9vBVo9MYheiPKaso4Z3eqWgd7m5RBJs5dq_J9OqFj_LbrDw4wCFJXjF4NUMKMqjukApr5eClpKBRw1WPXxIarL8ASY/s1600/bookshelf.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH_QYTw0s47tcESjshII7ue8aJHLAT_B5nXrAt5FdCReeCMrMhBk9vBVo9MYheiPKaso4Z3eqWgd7m5RBJs5dq_J9OqFj_LbrDw4wCFJXjF4NUMKMqjukApr5eClpKBRw1WPXxIarL8ASY/s72-c/bookshelf.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2017/02/sihir-kedai-buku-terpakai.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2017/02/sihir-kedai-buku-terpakai.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin