
Jika anda berpeluang mengunjungi Russian State Library, anda boleh berkenal-kenalan dengan Maria Chestnyk dan jika anda bernasib baik, anda boleh meminta beliau untuk membawa anda melihat simpanan rahsia koleksi karya-karya erotika dari era Soviet Union yang disimpan di tempat simpanan khas yang dipanggil "Spetskhran" dan hanya boleh diakses oleh orang-orang tertentu.
Dikatakan koleksi-koleksi yang meliputi buku, lukisan, filem dan foto ini mula dikumpul pada tahun 1920an selepas muzium seni Rumyantsez ditukar menjadi perpustakaan nasional. Kebanyakan koleksi-koleksi yang boleh dijumpai disini merupakan barang-barang rampasan yang kemudiannya disimpan didalam perpustakaan ini.
Salah satu koleksi rampasan berharga dalam simpanan perpustakaan ini adalah buku ilustrasi The Seven Deadly Sin yang diterbitkan sendiri oleh Vasily Masyutin pada tahun 1918. Antara ilustrasi yang terdapat didalam buku ini adalah ilustrasi perempuan yang sedang melakukakan onani.
Masa kini, kebanyakan koleksi-koleksi terbaru di tempat simpanan ini merupakan bahan-bahan yang dirampas oleh kastam yang kebanyakannnya merupakan bahan-bahan dalam bahasa Inggeris.
***
Sumber: The Moscow Times