Perkataan "Bibliofil" bermaksud orang yang mencintai buku. Tetapi jika mengkaji maksudnya secara lebih spesifik, ia terpakai untuk mereka yang mencintai kesemua aspek buku. Bibliofil bukan sahaja menggemari kandungan buku, malah juga menggemari kulit buku, aroma buku dan sudah tentunya seorang pengumpul buku tegar. Jadi adakah anda seorang bibliofil? Mungkin ciri-ciri di bawah boleh menentukan samada anda seorang bibliofil atau tidak.
1. Anda mempunyai dua naskah buku kegemaran anda. Satu untuk anda dan satu lagi untuk dipinjamkan apabila perlu.
Ada buku yang menjadi kegemaran anda dan anda membacanya berulang kali dan sudah tentunya ia merupakan buku yang sangat bernilai kepada anda. Tetapi pada masa yang sama anda juga mahu berkongsi buku kegemaran anda dengan orang lain. Jadi anda memilih untuk mempunyai dua naskah buku kegemaran anda. Satu untuk anda dan satu lagi untuk dipinjamkan apabila perlu.
2. Anda menilai orang lain berdasarkan buku apa yang mereka baca.
Sebenarnya anda tidak kisah tentang buku apa yang orang lain baca. Sebaliknya anda lebih kisah samada mereka seorang pembaca atau tidak. Bagi anda, orang yang tidak membaca adalah orang yang tidak boleh dipercayai.
3. Anda menghabiskan banyak masa memikirkan bagaimana untuk menyusun buku anda
Anda memiliki terlampau banyak buku sehinggakan anda menghabiskan banyak masa memikirkan bagaimana untuk menyusun buku anda dan selalunya buku anda disusun mengikut sistem yang hanya difahami oleh anda seorang.
4. Anda berasa teruja apabila menjumpai kedai buku terpakai
Kedai buku terpakai adalah kedai buku terbaik. Bukunya bukan sahaja murah, malah ada yang masih dalam keadaan yang baru dan terdapat juga banyak buku-buku yang tidak disangka. Kedai buku terpakai adalah seperti syurga di dunia bagi anda.
5. Impian anda adalah untuk mempunyai perpustakaan di rumah.
Memiliki perpustakaan di rumah memang impian utama mana-mana bibliofil. Anda mungkin dapat mati dengan tenang hanya jika anda mempunyai perpustakaan sendiri di rumah.
***
Sumber: Bustle