Tidak semua orang yang gemar membaca dilahirkan sebagai pembaca. Masing-masing mempunyai cerita tersendiri kenapa mereka minat membaca. Berikut adalah beberapa tanda yang mungkin menunjukkan anda memang dilahirkan sebagai seorang pembaca.
Ketika kanak-kanak lain sibuk dengan permainan mereka, anda sibuk dengan buku. Tiada apa yang menggembirakan anda selain membaca dan melihat gambar-gambar menarik yang terdapat di dalam buku yang anda baca.
Kanak-kanak yang membaca memang bijak. Ini juga dibuktikan oleh sains. Secara semulajadinya, keinginan anda untuk mengetahui apa saja yang boleh diketahui mengenai subjek kegemaran anda menyebabkan anda gemar membaca
Anda tahu anda dilahirkan sebagai pembaca kerana anda sering mempunyai imaginasi dan mendengar cerita yang gila dan pelik. Ahli sihir, angkasa lepas dan cerita-cerita dari seluruh dunia adalah minat utama anda.
Kajian sains telah menunjukkan orang yang gemar membaca memiliki empati yang tinggi. Ini adalah kerana anda sentiasa membaca buku untuk memahami dunia dan keadaan orang di sekeliling anda dan itu membuatkan anda lebih memahami situasi kehidupan manusia dan dunia.
Sebagai contoh, jika anda benci untuk makan sesuatu seperti sayur, anda akan serta merta melupakan kebencian anda apabila anda tahu ada cerita atau lagenda di sebaliknya.
Tidak seperti orang lain, anda begitu teruja menunggu waktu untuk tidur kerana ia bermakna anda boleh berbaring sambil membaca buku kegemaran anda walaupun kadang-kala buku itu membuatkan anda susah untuk tidur.
Ada tempat yang menyimpan beribu-ribu buku? Bawa saja anda ke sana.
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan tekanan. Bagi anda pula, duduk berehat sambil membaca buku kegemaran anda adalah cara terbaik untuk menghilangkan tekanan.
Ia bukanlah sesuautu yang mengejutkan jika anda mempunyai pengetahuan tentang kosa kata yang begitu luas. Anda suka mempelajari perkataan-perkataan baru dan anda begitu teruja jika dapat menggunakan perkataan tersebut dalam perbualan harian anda.
Ketika kanak-kanak lain mengumpul mainan seperti kad Pokemon, anda pula lebih berminat mengumpul buku. Atas sebab itu, koleksi buku yang anda miliki sekarang sangat hebat.
Kerana anda seorang yang begitu empatik, anda kadang-kadang lupa samada sesuatu perkara terjadi kepada anda atau kepada watak di dalam buku yang anda baca. Ia tidak bermakna anda sudah menjadi seorang yang tidak siuman, ia cuma menunjukkan anda seorang yang kuat membaca.
Jika anda seorang yang suka bersendirian, secara semulajadinya anda mungkin akan menjadi seorang pembaca. Anda lebih gemar duduk membaca buku kegemaran anda berbanding bersesak-sesak di pusat membeli-belah.
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang dikelilingi orang yang banyak membaca akan juga memiliki tabiat gemar membaca. Jika keluarga anda banyak membaca, kemungkinan besar anda juga akan menjadi seorang pembaca.
14. Anda mahukan lebih dari realiti
Joe Queenan pernah menyatakan "jika anda membaca 6,000 buku sepanjang hidup anda, ataupun 600 buku, ia mungkin kerana anda mendapati 'realiti' agak mengecewakan."
***
Sumber: Bustle