Membaca memang satu hobi atau minat yang tipikal tetapi tidak semua orang suka membaca. Tambahan lagi apabila orang yang tidak suka membaca tersebut adalah sahabat-sahabat rapat atau ahli keluarga anda. Berikut adalah apa yang mungkin berlaku atau pernah berlaku apabila anda mengetahui mereka tidak suka membaca.
1. Anda akan berasa sedih
Perkara pertama yang akan berlaku jika ada orang berkata mereka "benci membaca" adalah anda berasa sedih yang teramat. Anda tidak mampu berhenti berfikir tentang kenapa mereka membenci buku dan anda tiba-tiba rasa tanggungjawab yang teramat besar untuk menolong mereka menyukai buku.
2. Anda akan bertanya apakah buku yang telah mereka baca
Mungkin mereka hanya membaca sebuah buku sahaja ketika bersekolah dan sebab itulah mereka mungkin tidak tahu keseronokan membaca. Mungkin juga mereka membaca buku yang mereka tidak suka. Anda akan membuat senarai supaya anda dapat mengkaji apakah perkara yang menarik minat mereka.
3. Anda akan mula mencadangkan buku
Sebaik sahaja anda tahu latar belakang buku yang mereka baca, anda akan mula mencadangkan buku-buku yang patut mereka baca. Anda mungkin akan bermula mencadangkan satu judul buku secara bersahaja sebelum anda mula mencadangkan buku-buku lain secara berterusan.
4. Anda tiba-tiba terpaksa mempertahankan buku kegemaran anda
Apabila anda mencadangkan buku yang anda suka, mereka menolak dan tidak menunjukkan minat mereka. Tanpa anda sedari, anda tiba-tiba terpaksa mempertahankan buku tersebut.
5. Anda cuba membawa mereka ke perpustakaan
Anda menyatakan anda ingin membawa mereka ke pusat membeli-belah. Tanpa mereka ketahui, itu hanyalah helah anda kerana sebenarnya anda ingin membawa mereka ke perpustakaan.
6. Anda akan mula memberikan mereka buku pada setiap peluang yang anda perolehi
Jika mereka tidak mahu meminjam atau membeli buku, anda akan mencari setiap peluang yang anda yang membolehkan anda memberikan mereka buku. Suka atau tidak, mereka terpaksa menerimanya.
7. Anda mula mencari buku berdasarkan minat dan hobi mereka
Anda dapati mereka masih tidak berminat untuk membaca buku. Jadi anda mula membuat kajian tentang hobi mereka untuk memudahkan anda mencari buku-buku yang berpontensi untuk menarik minat mereka untuk membaca.
8. Anda akan mengeluh apabila mereka lebih suka menonton filem
Walaupun ada banyak novel yang telah diadaptasi ke dalam bentuk filem, anda tahu ia tidak akan sama dengan cerita di dalam novel.
9. Anda akan cuba membuat mereka menyertai kelab buku
Sekali lagi, anda akan menyatakan anda ingin membawa mereka ke pusat membeli-belah. Tanpa mereka ketahui, itu hanyalah helah anda kerana sebenarnya anda ingin membawa menyertai kelab buku.
10. Anda akan pasrah dengan kurangnya minat mereka membaca
Setelah segala usaha yang anda lakukan untuk menarik minat mereka membaca, anda dapati mereka masih tidak menyukai buku. Anda pasrah tetapi anda tidak pernah berhenti berusaha untuk membuatkan mereka suka membaca.
***
Sumber: Bustle