Tahun 2017 sudahpun berlalu agak lama. Sudah tentunya anda sudah boleh meneliti jumlah buku yang anda baca setakat ini. Tetapi bagaimana jika buku yang anda baca tidaklah sebanyak mana seperti yang anda harapkan? Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda.
1. Beli buku secara borong
Walaupun ada yang menyatakan ia mungkin perbuatan yang membazir, ia sebenarnya berkesan untuk "memaksa" diri anda membaca kerana anda tahu anda ada banyak buku yang belum dibaca.
2. Sentiasa membaca
Sentiasa cari masa dan peluang untuk membaca. Contohnya ketika anda makan, menaiki bas, bekerja dan paling utama ketika orang lain menghabiskan masa mereka dengan melayari media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.
3. Baca buku yang diminati sahaja
Jangan bazirkan masa membaca buku yang anda langsung tidak punya minat. Pilih buku yang berkait dengan hobi atau kerja anda.
4. Baca banyak buku sekaligus
Anda boleh membaca banyak buku sekaligus. Sebagai contoh, anda boleh membaca buku yang sukar diselang-seli dengan buku yang mudah.
5. Dapatkan manfaat daripada buku yang dibaca
Tidak ada gunanya membaca jika anda tidak dapat belajar sesuatu daripada buku yang anda baca.
***
Sumber: The Digital Reader