Melancong ke luar negara sudah tentunya sesuatu yang menyeronokkan. Apatah lagi apabila tempat yang anda ingin kunjungi itu bersesuaian dengan minat anda. Berikut adalah beberapa tempat yang anda boleh kunjungi jika anda seorang yang suka membaca.
1. Key West, Florida, Amerika
Di sini terletaknya rumah penulis yang cukup tersohor iaitu Ernest Hemingway yang menempatkan kucing-kucing yang mempunyai enam jari. Di samping itu, anda boleh menghabiskan masa bersantai di pantainya yang cantik.
2. Edinburgh, Scotland
Jika anda peminat Harry Potter, Edinburgh wajib menjadi destinasi untuk dikunjungi. Kafe ikonik The Elephant House merupakan tempat di mana J.K. Rowling menghabiskan masa menulis novelnya yang terkenal. Di samping itu, anda juga boleh mengunjungi perpustakaan, kafe, istana-istana lama dan banyak lagi tempat-tempat menarik.
3. New Zealand
Mana-mana peminat siri novel Lord of the Rings pastinya tahu keistimewaan New Zealand. Terdapat banyak pakej lawatan Lord of the Rings yang boleh diikuti. New Zealand juga terkenal dengan keindahan semulajadinya.
4. New York, Amerika
New York memang terkenal dengan kedai bukunya. Banyak kedai buku yang anda boleh kunjungi seperti The Strand Book Store, McNally Jackson Books, Bookbook Bookstore, BookCourt, St. Marks Bookshop dan banyak lagi.
5. London, England
Selain mengikuti pakej lawatan ke Studio Harry Potter, terdapat banyak lagi tempat bertemakan buku yang anda boleh kunjungi di London. Anda boleh mengikuti pakej lawatn Sherlock Homes, mengunjungi kedai-kedai buku yang cantik, makan di kafe yang menjadi tempat George Orwell menulis bukunya dan banyak lagi tempat-tempat menarik lain.
***
Sumber: Bustle