Mungkin ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila penulis siri novel The Chronicles of Narnia iaitu C.S. Lewis percaya bahawa semua orang patut membaca buku. Membaca buku memberikan seseorang kebolehan untuk melihat pelbagai persepektif tanpa perlu mengubah dirinya menjadi seseorang yang lain.
Walaupun dalam zaman moden ini internet dan televisyen banyak menceritakan tentang dunia dan orang lain, membaca buku masih lagi satu perkara penting. Dalam bukunya yang bertajuk An Experiment in Criticism, C.S. Lewis menerangkan bagaimana membaca dapat mengembangkan dunia yang kita sedang diami. C.S. Lewis menulis:
Kita sedar mengenainya apabila kita berbual dengan rakan kita yang tidak membaca. Dia mungkin rakan yang baik tetapi dia mendiami dunia yang kecil. Dalam dunianya, kita pastinya akan lemas. Manusia yang hanya berpuashati menjadi dirinya sendiri sebenarnya memenjarakan dirinya. Mata saya tidak cukup untuk saya, jadi saya akan melihat melalui mata orang lain. Walaupun saya melihat realiti dari mata orang lain, ianya masih tidak cukup bagi saya. Saya akan melihat apa yang orang lain cipta. Malah mata kesemua manusia di dunia ini juga masih tidak mencukupi. Saya begitu kecewa kerana binatang tidak boleh menulis buku...ketika membaca karya sastera yang hebat, saya menjadi seribu orang manusia tetapi dalam pada masa yang sama masih menjadi diri saya sendiri.
Membaca membuatkan otak manusia memberi tindakbalas yang berbeza dengan menonton filem atau televisyen. Membaca membolehkan fikiran anda memenuhi ruang-ruang kosong dan mencipta imaginasi seperti seolah-olah anda yang melalui sendiri pengalaman di dalam buku anda baca walaupun anda mengetahuinya melalui orang lain.
Jika anda mahu mengembangkan dunia anda dan memiliki empati, anda perlu melihat dunia dari mata orang lain.
***
Sumber: Lifehacker