Perpustakaan yang indah memang banyak terdapat di seluruh dunia tetapi Biblioteca Vasconcelos yang terletak di kota Mexico mungkin antara sebilangan perpustakaan yang mampu menyerlahkan rekaan senibina dan sejarahnya yang tersendiri dan pada masa yang sama mampu menarik orang ramai datang berkunjung.
Perpustakaan yang terletak di Buenavista, utara kota Mexico ini direka oleh Alberto Kalach. Dengan keluasan seluas 38,000 meter persegi, ia mengambil masa selama 3 tahun untuk dibina sebelum ia dibuka secara rasmi pada tahun 2007. Perpustakaan ini dikenali sebagai "perpustakaan mega" bukan sahaja kerana saiznya malah juga kerana kerana struktur senibinanya yang begitu unik dan rumit dan bukanlah sesuatu yang menghairankan jika ada pengunjung yang boleh tersesat di dalamnya.
Secara literalnya, terdapat lima perpustakaan di dalam Biblioteca Vasconcelos. Arkitek yang mereka bentuk senibina perpustakaan ini membayangkan maksud dan konsep perpustakaan moden dengan membina bilik-bilik berbeza di dalam Biblioteca Vasconcelos mengikut lima tokoh intelektual tersohor Mexico: Ali Chumacero, Carlos Monsiváis, José Luis MartÃnez, Jaime GarcÃa Terrés, dan Antonio Castro Leal. Setiap satunya mempunyai rekaan berbeza dan pasukan yang ditugaskan untuk mereka bilik-bilik ini juga adalah pasukan yang berbeza.
Jadi jika anda berpeluang berkunjung ke Mexico, jangan lepaskan peluang untuk melawat Biblioteca Vasconcelos.
***
Sumber: Atlas Obscura