Menjadi seorang pembaca sebenar tidaklah mudah dan ia juga tidak sukar. Bagi mereka yang sudah lama menjadikan membaca sebagai hobi (atau mungkin juga obsesi), sudah tentunya terdapat beberapa perkara yang hanya difahami oleh mereka.
Berikut adalah lima perkara yang hanya difahami oleh seorang pembaca sebenar.
1. Perpustakaan/Kedai buku adalah tempat yang patut ditujui
Ketika kebanyakan orang menghabiskan cuti hujung minggu mereka di pusat membeli-belah atau panggung wayang, anda berada di rak buku perpustakaan atau kedai buku untuk mencari buku seterusnya untuk anda baca. Perpustakaan dan kedai buku adalah rumah kedua anda.
2. Anda tidak perlu membaca karya-karya klasik untuk menjadi seorang pembaca sebenar
Anda tahu bahawa apa yang dibaca oleh seseorang bukanlah satu hal yang penting. Apa yang penting adalah masa mereka dihabiskan dengan membaca.
3. Menghabiskan masa di rumah untuk membaca adalah lebih baik daripada keluar
Untuk keluar, anda perlu bersiap, menempuh kesesakan lalu-linas dan sebagainya. Kenapa seseorang perlu melalui semua itu jika mereka boleh duduk di rumah dan membaca?
4. Anda tidak akan pernah memiliki bilangan buku yang cukup
Walaupun bilik anda telah dipenuhi dengan buku di segenap ruang, anda merasakan masih ada tempat untuk meletakkan buku-buku yang anda mahu dan bakal beli. Selain memuaskan nafsu membaca anda, buku-buku tersebut juga nampak sesuai dan cantik sebagai hiasan di dalam bilik anda.
5. Anda tahu di mana untuk mendapatkan buku yang murah
Kerana kerajinan anda mencari buku-buku kegemaran anda, anda sudah mahir tentang selok-belok setiap kedai buku dan kedai mana yang menawarkan harga yang paling murah.
***
Sumber: Bustle