Bagi seorang pembaca, menerima hadiah buku memang satu perkara yang menggembirakan. Namun pernahkah anda tertanya jika ada maksud tersirat hadiah buku yang diberikan kepada anda. Apatah lagi jika buku tersebut dihadiahkan oleh orang yang anda suka atau menyimpan perasaan cinta.
Berikut adalah beberapa ramalan tentang maksud disebalik hadiah buku yang anda terima dari orang yang anda suka atau minati?
Jenis Buku: Novel Cinta/Romantik
Contoh buku: The Time Traveler’s Wife
Maksud Tersirat: Dia mahu hubungan anda berdua maju ke tahap berikutnya
Jenis Buku: Puisi
Contoh buku: Soneta Shakespeare
Maksud Tersirat: Dia tidak mahu berjumpa anda lagi
Jenis Buku: Fiksyen Eksperimental
Contoh buku: Only Revolutions
Maksud Tersirat: Dia mahu mengambil risiko menjalin hubungan dengan anda
Jenis Buku: Novel Hedonistik/Nihilistik
Contoh buku: The Immoralist
Maksud Tersirat: Dia mahu terus berjumpa anda... dan orang lain
***
Sumber: Bookish