Seperti kebanyakan orang, pembaca buku juga mempunyai masalah tersendiri. Berikut adalah beberapa contoh masalah yang biasa dihadapi oleh anda sebagai seorang pembaca buku.
1. Tabiat menconteng/menulis nota di dalam buku
Terdapat satu "cabaran" yang mengujakan dan digemari oleh seorang pembaca apabila menconteng/menulis di dalam buku yang dibaca. Salah satu sebabnya adalah mungkin ketika kecil, anda dilarang untuk menulis atau menconteng buku samada buku sendiri atau buku yang dipinjam dari perpustakaan.
2. Tidak pernah memiliki buku yang mencukupi
Tidak kira apapun keadaannya, anda idak akan pernah merasakan anda memiliki buku yang cukup. Anda akan terus membeli dan membeli walaupun anda tidak ada lagi ruang untuk menyimpan buku di rumah mereka.
3. Memilih muka depan buku
Anda tidak akan membeli sesebuah buku jika rekaan kulit depannya tidak menarik. Bagi mereka, ciri-ciri buku yang menarik bukan sahaja isi kandungannya tetapi juga rekaan kulit muka depannya.
4. Tertidur ketika membaca
Siapa yang tidak suka tidur tetapi ia merupakan masalah yang cukup besar terutamanya kepada anda yang suka membaca sebelum tidur.
5. Tidak boleh merasai pengalaman membaca semula buku kegemaran
Salah satu yang menjadi igauan anda adalah apabila anda tidak dapat lagi merasai pengalaman ketika pertama kali membaca buku kesukaan anda. Tiada pengalaman yang lebih bernilai berbanding pengalaman ketika pertama kali membaca buku kegemaran anda.
6. Terlampau banyak buku untuk dibaca
Hampir setiap minggu atau bulan, senarai buku paling laris akan dikemaskini dan sudah tentunya ia satu perkara yang memeningkan bagi anda yang bercita-cita untuk membaca kesemua buku yang wujud di dunia ini.
7. Buku kulit keras nampak menarik tetapi berat
Buku kulit keras memang lebih tahan dan nampak menarik jika diletak di rak buku tetapi ianya sangat berat dan sangat merbahaya jika ia jatuh ke atas muka anda ketika membacanya.
8. Selalu terhilang penanda buku
Seperti juga stokin yang selalu hilang selepas dibasuh, begitu juga penanda buku. Tidak kira berapa banyak penanda buku yang dimiliki, ia tetap akan hilang juga tanpa diketahui ke mana ia pergi.
9. Kurang membaca buku elektronik
Ia merupakan masalah besar terutamanya jika anda ingin keluar melancong atau mengembara ke mana-mana.
10. Tidak pernah menerima hadiah buku
Akibat membaca buku terlalu banyak, anda tidak menerima sebarang hadiah dalam bentuk buku. Semua orang tahu tabiat anda yang merupakan pembaca buku tegar dan mereka merasakan anda telah memiliki terlalu banyak buku.
***
Sumber: Quirk Books