Sebagai seorang manusia, seseorang pembaca juga mempunyai hal-hal yang tidak digemarinya. Walaupun ianya kadang-kadang ia bukanlah satu masalah yang besar, tetapi sudah tentunya ia mengganggu serba sedikit keseronokan membaca. Berikut adalah beberapa perkara tersebut.
1. Spoiler.
Perkara yang sering menjadi kemarahan seorang pembaca adalah bila ada orang memberitahu penamat kepada novel yang mereka ingin baca.
2. Buku yang anda tidak suka menjadi popular.
Memang menjadi kebanggaan anda adalah apabila buku kegemaran anda menjadi popular tetapi hal yang sama tidak terpakai kepada buku yang anda tidak gemari.
3. Tarikh pelancaran buku penulis kegemaran anda ditunda
Anda telah menanti begitu lama tarikh pelancaran buku penulis kegemaran anda tetapi anda dihampakan apabila tarikh tersebut ditunda.
4. Orang yang tidak berhati-hati ketika meminjam buku
Apabila anda meminjamkan buku, anda menjangkakan buku anda akan dijaga dengan baik tetapi apabila anda menerimanya kembali, anda mendapati keadaannya sangat teruk.
5. Orang yang tidak berhati-hati dengan buku.
Walaupun ia bukannya buku anda, anda berasa sangat gundah apabila melihat orang mengendalikan buku dalam milikan mereka dengan tidak berhati-hati seperti menumpahkan kopi di atas buku atau makan melipat mukasurat buku mereka.
6. Orang lain menilai anda berdasarkan buku apa yang anda baca.
Apa yang anda mahu hanyalah menikmati buku kegemaran anda dan bukannya memeningkan kepala memikirkan apakah tanggapan orang lain terhadap anda berdasarkan buku yang anda baca
7. Adaptasi novel kegemaran anda yang tidak mengikut plot sebenar.
Mengadaptasi sesebuah novel ke dalam bentuk filem memang mencabar. Sudah tentunya ia boleh mendatangkan kemarahan anda apabila ianya tidak setia kepada jalan cerita sebenar berdasarkan novel yang diadaptasi.
8. Diganggu ketika sedang membaca.
Ianya tidak perlu diterangkan dengan panjang lebar. Tiada siapa yang dibenarkan mengganggu anda ketika anda sedang membaca tetapi malangnya tidak semua orang faham mengenai hal ini.
9. Buku yang tidak disunting dengan teliti.
Anda boleh menutup sebelah mata terhadap apa-apa kesalahan ejaan dalam sesebuah novel tetapi ianya sudah tentu mengganggu apabila terdapat begitu banyak kesalahan ejaan yang ditambah pula dengan penggunaan tatabahasa yang tidak betul.
9. Mendengar orang lain tidak suka membaca.
Tiada seorang pun pembaca yang boleh memahami kenapa orang lain tidak suka membaca. Membaca adalah kehidupan.
10. Apa saja perkara yang bercanggah dengan membaca.
Secara asasnya, apa saja yang bercanggah dengan aktiviti membaca adalah masalah besar kepada anda.
***
Sumber: Bustle