Sama seperti orang lain, pembaca juga memiliki tabiat mereka sendiri yang hanya difahami dan diketahui oleh seorang pembaca yang lain. Berikut adalah antara tabiat-tabiat rahsia seorang pembaca yang mungkin ada pada diri anda.
1. Membaca buku kegemaran lebih dari 10 atau 20 kali
Anda membaca buku kegemaran anda berulang kali sehinggakan anda sudah tidak mampu mengira berapa kali anda sudah membaca buku tersebut. Anda membacanya dengan kerap sehinggakan anda mampu menerangkan tentang buku kegemaran anda seolah-olah anda sendiri yang menulis buku tersebut.
2. Membeli buku yang sama berulang kali
Walaupun anda telah memiliki sesebuah buku, anda tidak mampu menahan diri anda untuk membeli buku yang sama. Contohnya jika anda terjumpa versi yang lebih cantik daripada versi yang anda miliki.
3. Menilai orang lain berdasarkan tabiat membaca mereka
Jika anda masuk ke rumah seseorang dan mendapati tiada satu buku pun yang boleh dilihat, anda serta merta tahu anda tidak akan bersahabat baik dengan orang tersebut.
4. Menghabiskan banyak masa di internet untuk mengendap penulis kegemaran
Ada sesetengah penulis yang begitu aktif di media sosial seperti Facebook dan Twitter yang sudah tentunya membuatkan anda sentiasa meluangkan masa untuk melihat apakah aktiviti mereka di media sosial.
5. Membayangkan hidup seperti sebuah novel setiap hari
Sebagai seorang pembaca, anda sentiasa membayangkan bagaimana hidup anda jika ianya ditulis ke dalam sebuah buku. Anda merasakan sudah tentu hidup anda nampak lebih menarik jika ia dibukukan.
6. Menyediakan lagu-lagu yang spesifik untuk membaca
Menyediakan senarai lagu kegemaran untuk mengiringi anda ketika membaca adalah antara aktiviti kesukaan anda. Ia bukan sahaja membantu anda membaca, malah membantu anda mengingati apakah yang anda telah baca melalui lagu-lagu yang anda dengar.
7. Menggunakan petikan-petikan dari buku yang dibaca
Setiap kali anda mendapat peluang, anda tidak segan-silu menggunakan petikan-petikan kata dari buku yang anda dalam perbualan harian anda. Walaupun anda tahu ia bukan kata-kata anda sendiri, anda tetap suka melakukannya.
8. Menipu tentang rancangan hujung minggu
Anda sebenarnya lebih suka menghabiskan hujung minggu anda dengan bersantai sambil membaca buku kegemaran tetapi anda tahu rakan-rakan anda tidak akan faham mengenainya. Jadi anda terpaksa menipu setiap kali rakan-rakan anda mengajak anda untuk keluar menghabiskan masa pada hujung minggu.
9. Berpura-pura sudah membaca kesemua buku klasik
Ada banyak buku yang anda belum baca tetapi anda berpura-pura seolah-olah anda sudah membacanya. Memang diakui seseorang yang kuat membaca mempunyai egonya yang tersendiri dan adakalanya mereka berpura-pura seolah-oleh mereka sudah membaca kesemua buku yang wujud di luar sana.
10. Menghabiskan banyak duit membeli buku
Anda lebih rela hidup dengan hanya memakan mee segera sepanjang hari kerana anda merasakan lebih baik anda membelanjakan duit anda untuk membeli buku. Anda bukanlah seorang pembaca sejati jika anda tidak pernah melakukan perkara yang sama.
11. Mengambil masa yang lama membaca sesebuah buku kerana anda mahu ia tamat
Apabila anda merasakan sesebuah buku mempunyai tulisan yang sangat hebat, anda membacanya dengan perlahan kerana anda tidak mahu keseronokan membacanya berlalu dengan pantas.
12. Menghabiskan banyak masa berfikir tentang buku yang dibaca
Anda selalu menghabiskan banyak masa memikirkan nasib dan hala tuju karekter di dalam novel yang anda baca sehinggakan ia membuatkan anda tidak lena tidur. Kadang-kadang ia terbawa-bawa sehingga waktu anda sedang bekerja atau menghadiri kelas sehinggakan anda tidak dapat memfokuskan perhatian kepada apa yang patut anda lakukan ketika itu.
13. Peluang melancong bermakna peluang melawat lebih banyak kedai buku
Apabila anda dapat peluang melancong, sudah pastinya destinasi wajib yang anda paling ingin kunjungi adalah kedai buku. Tambahan lagi apabila terdapatnya kedai-kedai buku terkenal yang terdapat di tempat yang anda ingin lawati.
***
Sumber: Bustle