Anda mungkin tidak sedar anda sebenarnya dilahirkan sebagai seorang penulis. Tetapi bagaimana untuk mengetahuinya. Berikut adalah lima tanda yang mungkin menunjukkan anda sememangnya dilahirkan sebagai seorang penulis
1. Anda sentiasa membaca buku tidak kira masa dan tempat
2. Anda sentiasa rasa risau jika ada orang membaca apa yang anda tulis sebelum anda menyudahkan tulisan anda
3. Anda tidak kisah jika tidak mempunyai kerja tetap
4. Anda pernah menulis dan membuang tulisan anda itu
5. Anda lebih selesa meluahkan perasaan atau apa yang anda fikir dengan menulis berbanding menceritakannya kepada orang lain
Adakah anda rasa ada apa-apa tanda lain? Anda boleh nyatakannya di ruangan ulasan di bawah.
***
Sumber: Bustle