Menyerah kalah terhadap sesebuah buku mungkin menjadi satu jenayah besar bagi seorang pembaca. Namun begitu, mungkin terdapat juga situasi di mana ia menjadi satu keperluan untuk anda berhenti membaca sesebuah buku. Berikut adalah beberapa "petunjuk" yang memberikan anda isyarat bahawa anda boleh berhenti membaca sesebuah buku.
1. Jika buku tersebut membuatkan anda mengelamun atau tertidur dengan kerap
Ini mungkin tidak terpakai jika anda membaca pada lewat malam atau jika anda tidak cukup tidur. Tetapi jika anda dalam keadaan segar tetapi anda mendapati buku tersebut membuat anda mengantuk dan anda mendapati anda tidak dapat memahami apakah yang anda baca walaupun anda membaca mukasurat yang sama untuk tempoh lama, maka buku tersebut bukanlah untuk anda.
2. Jika anda mula berasa ia seperti satu paksaan
Mungkin anda cuba membaca novel-novel klasik yang dikatakan patut dibaca oleh semua orang. Ketika anda membacanya, anda tidak menemui sebarang keseronokan dan anda seolah-olah satu paksaan yang tidak memberikan anda sebarang keseronokan membaca.
3. Anda berhenti memikirkan tentang buku tersebut dan karekter di dalamnya
Salah satu keseronokan membaca adalah apabila anda boleh menghabiskan sepanjang hari anda memikirkan tentang karekter di dalam novel yang anda sedang baca dan apakah kesudahan ceritanya. Namun jika anda langsung tidak memikirkannya, maka buku tersebut bukanlah untuk anda.
4. Mengambil masa terlalu lama untuk dihabiskan
Ini bergantung kepada berapa lama biasanya anda habis membaca sesebuah buku. Jika anda mendapati anda mengambil masa yang terlalu lama untuk menghabiskannya walaupun setelah berbulan-bulan membacanya, kemungkinan besar anda tidak akan habis membacanya.
5. Jika ia tidak menjadi bertambah baik
Anda telah cuba untuk terus membaca tetapi selepas habis separuh membaca, anda masih mendapati jalan ceritanya tidak menarik minat anda. Maka buku tersebut bukanlah untuk anda.
***
Sumber: Bustle