Berbanding sepuluh atau dua puluh tahun dahulu, Aktivis atau Sukarelawan buku bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia ketika ini. Boleh dikatakan hampir setiap minggu kita mendengar tentang acara-acara berkaitan buku diadakan yang tujuannya sudah tentu untuk menyemai minat membaca. Sebagai contoh, aktiviti yang dijalankan oleh Buku Jalanan yang memberikan pinjaman buku secara percuma. Kerancakan aktivisme buku ini juga dibantu dengan penggunaan media sosial yang meluas pada zaman ini.
Berikut adalah beberapa contoh lagi projek aktivisime buku lain yang terdapat di seluruh dunia.
1. The Book Bus
Projek ini memberikan akses buku kepada kanak-kaak di Afrika, Asia dan Amerika Selatan. Bas yang digunakan untuk projek ini berfungsi sebagai perpustakaan bergerak yang dikendalikan oleh sukarelawan untuk membantu kanak-kanak membaca.
2. Little Free Library
Kebelakangan ini, Little Free Library agak popular dan anda sendiri boleh mewujudkan perpustakan mini percuma anda sendiri.
3. Worldreader
Misi projek ini ini adalah untuk memberi akses buku digital kepada kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia untuk menambahkan literasi. Dengan kemajuan teknologi, projek ini sudah dijalankan di 69 negara.
4. Milk+Bookies
Milk+Bookies adalah inisiatif untuk menawarkan keseronokan membaca kepada sesiapa yang tidak mampu untuk membeli buku mereka sendiri. Ia juga memberi fokus untuk mengajar kanak-kanak tentang kebaikan bersedekah dengan memberikan buku mereka sendiri kepada orang lain.
5. Books Abroad
Books Abroad mengumpul buku-buku terpakai dan terbuang dan mendermakannya kepada sekolah dan kanak-kanak di seluruh dunia. Setakat hari ini, mereka telah membantu 2,000 sekolah dan mendermakan lebih 3 juta buku.
***
Sumber: Bustle