Membaca banyak buku memang menjadi impian setiap orang. Namun ia bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan terutamanya apabila anda disibukkan dengan hal-hal hidup seharian. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda membaca lebih banyak buku.
1. Jangan tinggalkan rumah tanpa buku
Jika anda tidak ada buku yang sentiasa bersama anda, sudah tentu ia akan menyukarkan anda untuk membaca. Jadi cara terbaik adalah sentiasa membawa buku kemana sahaja anda pergi.
2. Sentiasa ambil tahu tentang kemajuan anda membaca
Jika anda berlatih untuk menyertai larian marathon, sudah tentu anda akan sentiasa memantau berapa jauh anda telah berlari. Teknik yang sama juga boleh digunakan untuk memastikan anda sentiasa membaca.
3. Baca apa yang anda suka
Semua orang bercita-cita untuk membaca buku yang terkenal terutamanya buku-buku klasik. Namun begitu, tidak semua buku ini memenuhi citarasa dan minat anda. Justeru itu, anda tidak perlu memaksa diri anda untuk membaca sesuatu yang langsung tidak menarik perhatian anda.
4. Baca buku sebelum tidur
Waktu sebelum masuk tidur selalunya waktu yang paling menenangkan. Membaca buku kegemaran sudah tentunya adalah salah satu cara untuk anda menghilangkan segala tekanan yang anda hadapi akibat kesibukan hidup seharian.
5. Berkawan dengan orang yang suka membaca
Mempunyai rakan-rakan yang gemar membaca sebenarnya boleh membantu anda untuk menanamkan minat untuk membaca. Anda boleh mendapatkan maklumat dan nasihat dari mereka tentang buku apakah yang patut anda baca berdasarkan minat anda dan sudah tentunya mereka tidak akan meninggalkan anda terkapai-kapai begitu sahaja tanpa sebarang bahan bacaan.
***
Sumber: Mashable