Kamus memang banyak membantu seorang pembaca untuk memahami sesuatu perkataan terutamanya perkataan-perkataan dalam bahasa asing. Namun begitu, kamus juga mempunyai ceritanya yang tersendiri.
Berikut adalah beberapa fakta tentang kamus yang mungkin anda tidak tahu.
- Kamus Bahasa Inggeris pertama, A Table Alphabeticall yang diterbitkan pada tahun 1604 menyatakan bahawa ia diterbitkan "untuk manfaat wanita … atau mana-mana orang yang tidak berkemahiran’.
- Kerja pertama yang dilakukan oleh J. R. R. Tolkien selepas perang dunia pertama adalah menguruskan huruf W untuk Oxford English Dictionary.
- Jika setiap perkataan di dalam Oxford English Dictionary disusun di atas jalan, panjangnya adalah dari London sehingga ke Manchester.
- Kerja-kerja untuk menghasilkan kamus bahasa Welsh bermula sejak tahun 1921 dan hanya siap pada tahun 2002.
- Jilid pertama kamus bahasa Belanda diterbitkan pada tahun 1864 dan jilid terakhir (Jilid ke 40) terbit pada tahun 1998.
***
Sumber: Interesting Literature