Terdapat pelbagai sebab kenapa sesebuah kedai buku menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi. Selain koleksi bukunya, ia juga mungkin mempunyai rekaan senibina yang menarik atau sejarah yang membuatkan ia berada pada kelas tersendiri. Berikut adalah beberapa kedai buku tersebut.
Livraria Lello, Porto, Portugal
Selain senibina neo-gothik yang memukau, kedai buku yang berusia seabad ini menyimpan lebih 1000 judul buku dalam beberapa bahasa termasuk terjemahan bahasa Inggeris penulis Portugis seperti Fernando Pessoa dan José Saramago.
Barter Books, England
Kedai buku yang dibina di stesyen keretapi lama ini terkenal kerana menghasilkan poster World War II Keep Calm and Carry On. Pada masa yang sama, ia juga memiliki koleksi-koleksi buku terpakai merangkumi pelbagai subjek.
Powerhouse Arena, Brooklyn, Amerika
Di samping kemunculan kedai-kedai buku terpakai seperti cendawan selepas hujan, Brooklyn juga popular kerana menjadi tempat residensi penulis-penulis terkenal seperti Paul Auster, Jhumpa Lahiri dan Jennifer Egan. Kedai buku pertama yang wajib anda kunjungi sudah tentunya PowerHouse Arena yang dibuka pada tahun 2006. Kedai buku ini sering mengadakan pelbagai acara sastera yang sudah tentunya menarik pengunjung dari pelbagai peringkat umur.
CafebrerÃa El Péndulo, Mexico City, Mexico
Membeli buku di CafebrerÃa El Péndulo mungkin menjadi hal kedua bagi pengunjungnya kerana kedai buku ini juga aktif mengadakan persembahan muzik, acara bacaan puisi, acara komedi dan pelbagai acara-acara lain.
Shakespeare and Co., Paris, Perancis
Gertrude Stein, Ernest Hemingway dan penulis-penulis tersohor lain memang diketahui sering mengunjungi kedai buku yang terletak di tebing kiri menghadap sungai Seine. Sejarahnya saja sudah cukup untuk menarik pengunjung datang di samping acara-acara sastera yang sering diadakan di kedai buku ini.
Books for Cooks, Melbourne, Australia
Jika anda minat makan atau memasak, kedai buku ini menjadi destinasi wajib bagi anda. Hampir kesemua buku tentang makanan dan masakan boleh dijumpai di sini. Ia ditambah lagi dengan gabungan koleksi buku-buku baru, terpakai, antik dan buku-buku klasik yang tidak dicetak lagi yang boleh dijumpai di kedai buku ini.
Bart’s Books, Ojai, California, Amerika
Kedai buku ini wujud kerana pemiliknya Richard Bartinsale tidak lagi mempunyai tempat yang cukup untuk menyimpan koleksi bukunya. Kedai buku ini mengamalkan konsep layan diri di mana pengunjung boleh membuat bayaran dengan meletakkan wang di dalam tin kopi yang terdapat di kedai buku ini.
Dominicanen Bookstore, Maastricht, Belanda
Kedai buku ini dibina di dalam sebuah bangunan gereja lama yang sudah tentunya mempunyai senibina yang mengagumkan. Sudah pastinya pengalaman membeli-belah buku di dalam kedai buku ini satu pengalaman yang mengasyikkan dan anda boleh juga duduk di ruang bacaan yang begitu selesa sambil membaca buku kegemaran anda.
Book Lounge, Cape Town, Afrika Selatan
Sejak ia dibuka pada tahun 2007, Book Lounge menjadi titik utama untuk komuniti sastera di Cape Town dan ia aktif mengadakan acara-acara sastera hampir setiap minggu. Anda juga boleh duduk membaca sambil menghadap tingkapnya yang besar yang melontar pandangan anda ke jalan di luar.
El Ateneo Grand Splendid, Buenos Aires, Argentina
Kedai buku ini pada asalnya adalah sebuah teater yang menjadi tempat tarian tango dipersembahkan oleh lagenda-lagenda tango seperti Carlos Gardel. Kemudian ia diubah menjadi sebuah panggung wayang sebelum akhirnya menjadi sebuah kedai buku dan muzik.
The Last Bookstore, Los Angeles, Amerika
Selepas berdekar menjual apa saja dari kereta sehinggalah pakaian di eBay, Josh Spencer akhirnya memutuskan untuk menceburi bidang perniagaan yang paling diminatinya iaitu menjual buku pada tahun 2005. Kedai buku yang dibukanya ini kini menjadi kedai buku terbesar di California yang menjual dan membeli buku terpakai. Anda boleh menemui apa saja jenis buku yang anda inginkan di sini samada buku baru atau buku terpakai.
Libreria Acqua Alta, Venice, Itali
Venice mungkin terkenal sebagai kota cinta, tetapi ada satu lagi benda menarik di Venice iaitu kedai buku Acqua Alta. Kedai buku yang dibuka pada tahun 2003 ini bukan sahaja mengagumkan dari segi reka bentuknya tetapi juga judul-judul buku yang terdapat di sini.
Librairie Avant-Garde, Nanjing, China
Kedai buku ini dibina di sebuah tempat perlindungan bom seluas 43,000 kaki persegi. Di samping menjual buku, kedai buku ini juga mempunyai kafenya sendiri dan ia juga berfungsi sebagai perpustakaan umum yang menempatkan 300 kerusi untuk para pengunjung duduk dan membaca.
The Academic Bookstore, Helsinki, Finland
Kedai buku ini direka oleh arikitek terkenal Alvar Aalto dan rekaannya sahaja sudah cukup untuk menjadikan kedai buku ini sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi. Kedai buku ini adalah kedai buku paling besar di Scandinivia dan memiliki lebih 400,000 judul buku.
Stanfords, London, England
Antara tarikan utama kedai buku ini adalah koleksi peta-peta lama yang dimilikinya dan anda boleh membelinya. Setiap tingkat kedai buku ini dihiasi dengan peta-peta seperti peta dunia National Geographic dan peta Himalaya National Geographic.
***
Sumber: Travel and Leisure