Sudah tentunya kepakaran seorang penulis adalah untuk menulis namun mungkin ramai yang tidak tahu yang terdapatnya penulis yang memiliki kepakaran lain terutamanya dalam merekacipta rekaan-rekaan baru yang tidak ada kena mengena dengan bidang penulisan. Berikut ada beberapa rekaan tersebut.
1. BUKU SKRAP LEKAT SENDIRI // MARK TWAIN
Menghasilkan buku skrap bukan satu perkara yang mudah. Atas sebab itu Mark Twain telah menghasilkan buku skrap yang memiliki gam pelekat sendiri. Seseorang hanya perlu membasahkan gam pelekat tersebut untuk menggunakannya. Idea ini telah dipatenkan pada tahun 1873 dan dilaporkan Mark Twain menerima keuntungan berpuluh ribu dollar hasil daripada rekaannya ini.
2. TILAM AIR // ROBERT HEINLEIN
Karier Heinlein sebagai seorang penulis sains fiksyen membolehkannya untuk memikirkan tentang banyak ciptaan berpontensi dan salah satunya adalah tilam air. Beliau menghasilkan tilam air ini ketika beliau menderita penyakit tuberkolosis.
3. MESIN CIP PRINGLES // GENE WOLFE
Sebelum menceburi bidang penulisan, Wolfe merupakan jurutera mekanikal. Ketika itu, beliau telah menghasilkan mesin ini yang menghasilkan cip Pringles dengan menggunakan proses yang agak unik.
4. BEKAS SETEM // LEWIS CARROLL
Ketika beliau tidak sibuk menulis, Carroll menghabiskan masanya untuk mereka bekas yang boleh mengatur dan mempamerkan setem mengikut harganya. Ini membolehkan beliau memilih setem yang sesuai untuk menghantar surat dengan pantas.
5. PEN TANDA TANGAN JARAK JAUH // MARGARET ATWOOD
Atwood berasa letih kerana terpaksa menjelajah banyak kedai buku untuk mempromosikan bukunya. Justeru itu beliau menghasilkan pen ini untuk membolehkannya memberikan tanda tangan tanpa perlu berada di sana. Para pembaca boleh berkomunikasi dengannya menggunakan kaedah hubungan video secara langsung dan beliau boleh menurunkan tandatangan ke atas buku dengan menggunakan tangan robot yang dipasang di kedai buku tersebut.
***
Sumber: Mental Floss