Satu kajian yang dijalankan oleh Pew Research Center menunjukkan bahawa Millenial (mereka yang berumur 30 tahun ke bawah) membaca lebih banyak buku berbanding mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Kajian yang dijalankan di Amerika ini membahagikan golongan Millenial kepada tiga kumpulan iaitu mereka yang berada di sekolah menengah (yang berumur 16-17 tahun), sedang belajar di kolej dan mereka yang berusia lewat dua puluhan.
Kajian ini menunjukkan bahawa mereka yang berumur 16-17 tahun lebih banyak membaca berbanding peringkat umur lain dan mereka juga lebih cenderung mendapatkan bahan bacaan dari perpustakaan.
***
Sumber: Bustle