Tabiat suka membaca memang diakui oleh umum sebagai satu tabiat yang baik. Tetapi sebagai seorang pembaca, sudah tentunya anda juga mempunyai banyak tabiat yang pelik dan esentrik dan tabiat ini kadang-kadang boleh menjadi satu tabiat yang buruk. Berikut adalah antara beberapa tabiat buruk seorang pembaca.
1. Suka membawa buku ke mana-mana sahaja.
Anda memang suka membawa buku ke mana-mana sahaja kerana ia membuatkan anda berasa selesa walaupun anda belum tentu membaca buku tersebut. Anda juga gemar membaca di pelbagai tempat; di kedai kopi, di ruang tamu rumah makcik anda atau di mana-mana sahaja yang anda fikir sesuai sehinggakan anda tidak memperdulikan apa yang berlaku di sekitar anda.
2. Membelanjakan wang yang terlalu banyak untuk membeli buku
Seorang pembaca memang suka dikelilingi buku yang menyebabkan anda suka menghabiskan masa di perpustakaan dan kedai buku. Anda memiliki terlalu banyak buku kerana tabiat anda yang suka menghabiskan semua duit anda dengan membeli buku. Buku adalah harta anda yang paling bernilai.
3. Suka berkhayal
Apabila anda terlalu asyik membaca sesebuah buku, anda mudah lupa tentang dunia realiti. Anda sanggup mengenepikan hal-hal penting yang perlu anda lakukan segera kerana anda terlalu asyik membaca buku anda.
4. Emosi berlebihan
Anda akan berasa begitu teruja apabila menemui seseorang yang membaca dan meminati buku yang anda suka. Anda juga akan menjadi seseorang yang begitu menakutkan apabila ada orang yang mengkritik buku atau penulis kegemaran anda.
5. Menggunakan apa sahaja sebagai penanda buku
Anda akan menggunakan apa sahaja sebagai penanda buku. Resit, cermin mata, sudu dan pelbagai lagi kerana anda tidak mahu melipat mukasurat buku anda.
6. Anda hanya memberikan hadiah buku sahaja kepada orang lain
Apabila anda ingin membeli hadiah sempena hari lahir atau hari perkahwinan orang lain, satu-satunya hadiah yang anda boleh fikirkan adalah buku.
7. Melihat orang lain sebagai karekter di dalam buku
Apabila anda membaca terlalu banyak buku, anda mula mengkelaskan orang-orang di sekeliling anda mengikut karekter di dalam buku yang anda baca. Anda juga cuba memahami seseorang berdasarkan karekter dalam buku yang anda baca.
***