Kisah-kisah dongeng biasanya diturunkan secara turun-temurun sehingga agak sukar untuk mengagak bilakah cerita-cerita sebenarnya pertama kali diceritakan. Sebuah kajian terbaru menunjukkan bahawa banyak kisah-kisah dongeng sebenarnya lebih tua dari apa yang kita andaikan. Dr. Jaime Tehrani dari Durham University yang bekerjasama dengan pengkaji kisah dongeng Sara Graça da Silva dari The New University of Lisbon telah mengkaji 275 kisah dongeng Indo-Eropah menggunakan teknik yang dikenali dengan nama analisis pilogenetik.
Hasil kajian mendapati bahawa ada antara kisah-kisah dongeng ini wujud lebih awal sebelum bahasa Inggeris, Perancis dan Itali digunakan dan cerita-cerita ini terus kekal walaupun ianya tidak direkodkan secara bertulis. Sebagai contoh, kisah dongeng Rumpelstiltskin berusia lebih 4000 tahun.
Sudah tentunya ini menimbulkan tanda-tanya samada cerita-cerita dongeng sebenarnya bukanlah cerita dongeng tetapi cerita yang benar-benar berlaku.
***
Sumber: Electric Literature