Sama seperti orang lain, seorang bibliofil juga mempunyai sifat-sifat mereka tersendiri yang mereka mungkin agak keberatan untuk beritahu kepada orang lain. Berikut adalah beberapa contohnya.
1. Mereka pernah mempunyai hubungan emosional dengan karekter di dalam buku yang mereka baca.
2. Mereka menghidu buku baru mereka ketika tiada siapa yang melihat.
3. Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka sentiasa membawa buku kemana-mana sahaja.
4. Mereka akan secara diam-diam menghakimi anda jika anda tidak suka membaca.
5. Mereka tidak pernah berhasrat untuk berada sekejap sahaja di kedai buku.
6. Mereka akan berasa sangat berat hati untuk meminjamkan buku kepada orang lain walaupun mereka akhirnya akan memberikan buku tersebut untuk dipinjam.
7. Anda perlu berjaga-jaga ketika anda memulangkan buku yang anda pinjam daripada mereka jika terdapat kesan mukasurat pada buku tersebut telah dilipat.
8. Mereka tidak akan melayan anda jika anda cuba berbual panjang dengan mereka ketika mereka membaca.
9. Satu-satunya hadiah yang mereka mahu adalah buku.
10. Mereka kadang-kadang boleh menjadi seseorang yang menjengkelkan.
***
Sumber: The Odyssey