Membaca sebuah buku dalam masa yang singkat memang nampak mencabar tetapi hakikatnya ia tidaklah sesukar mana. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda mencapai matlamat tersebut.
1) Cari Lokasi Sesuai Untuk Membaca
Gangguan luar seperti bunyi, binatang, orang lalu-lalang, internet dan sebagainya memang boleh menyebabkan anda hilang fokus untuk membaca dan ia sudah pastinya membuatkan anda mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sesebuah buku. Perkara yang patut anda lakukan adalah mencari lokasi seperti tempat paling tersorok di dalam sebuah perpustakaan untuk anda menfokuskan sepenuhnya perhatian terhadap buku yang ingin anda baca.
2) Baca Secara Berselang-Seli
Membaca secara berterusan memang memenatkan. Jika anda menfokuskan membaca sesebuah buku tanpa henti, sudah tentunya anda akan berasa kepenatan samada dari segi mental dan fizikal. Justeru itu, anda boleh mengambil rehat seperti 20 minit setiap sesi atau mengikut kesesuaian masa anda.
3) Buat Nota Tentang Buku Yang Anda Baca
Untuk memastikan anda terus fokus, anda boleh membuat nota tentang apa yang baca. Ia bukan sahaja membantu anda untuk terus kekal fokus tetapi juga membantu anda mengingati maklumat-maklumat penting tentang buku yang anda baca yang anda boleh semak atau kaji selepas anda selesai membaca sesebuah buku.
4) Simpan Tenaga Sebelum Mula Membaca
Ia mungkin nampak mudah tetapi untuk membaca sesebuah buku dengan pantas memang memerlukan tenaga. Anda boleh meminum jus atau makan dengan cukup sebelum mula membaca secara marathon.
5) Padamkan Telefon Bimbit Anda
Pada zaman moden ini, hampir semua orang memiliki telefon bimbit atau talifon pintar. Mengikut satu kajian, secara puratanya seseorang menghabiskan lebih kurang lima jam sehari untuk memeriksa telefon bimbit/pintar mereka. Jika boleh, tinggalkan sementara telefon anda untuk membolehkan anda fokus membaca buku anda.
***
Sumber: Lifehacker