Bagi seorang penggemar buku, menyertai kelab buku mungkin adalah perkara normal tetapi perlu diakui juga bukan mudah untuk mewujudkan atau mengekalkan sebuah kelab buku. Berikut adalah beberapa tips daripada Julie Goler tentang bagaimana memulakan sebuah kelab buku.
1. Persetujui buku yang dipilih untuk dibaca dan dibincangkan
Ianya mungkin kedengaran agak pelik tetapi perkara paling utama bagi sebuah kelab buku adalah kesemua ahli kelab buku perlu bersetuju dengan pilihan buku yang perlu dibaca dan dibincangkan.
2. Pilih buku yang mempunyai elemen yang mencabar minda
Memang tidak salah untuk memilih buku yang mudah untuk dibincangkan tetapi sudah tentunya tidak banyak perkara yang boleh dibincangkan berbanding buku-buku yang bersifat intelektual dan mencabar minda.
3. Pilih buku yang menarik
Selain daripada buku yang mencabar minda, buku yang dipilih juga perlulah buku yang menarik dan dipersetujui oleh kesemua ahli kelab buku.
4. Tetapkan hari yang spesifik dan tetap untuk berjumpa setiap bulan
Perkara yang terbaik adalah menetapkan tarikh dan masa yang tetap untuk berjumpa dan pertemuan hendaklah berjalan tanpa mengambilkira samada kesemua ahli hadir atau tidak pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
5. Pilih seorang ahli sebagai pengerusi
Pengerusi yang dipilih boleh mengutarakan topik yang hendak dibicangkan, melakukan kajian tentang penulis buku ataupun apa-apa perkara lain yang dirasakan sesuai. Pengerusi juga perlulah mempunyai pengetahuan asas tentang buku yang dibicangkan dan beliau juga perlu memastikan kesemua ahli kelab terlibat aktif dalam perbincangan dan tidak menjadi perbincangan satu hala atau dimonopoli oleh seorang individu sahaja.
6. Beri peluang kepada setiap ahli untuk menjadi hos pertemuan kelab buku
Tugas menjadi hos untuk setiap pertemuan yang dijalankan boleh diberikan kepada ahli kelab yang berbeza. Setiap ahli juga boleh berkongsi perbelanjaan untuk makanan dan sebagainya.
7. Sediakan makanan dan minuman
Sudah tentunya makanan dan minuman menjadi hal utama dalam setiap pertemuan. Anda boleh menjadi kreatif dengan menghidangkan makanan bersesuaian dengan tema atau topik buku yang hendak dibincangkan.
***
Sumber: Elle