Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa orang perempuan lebih sabar membaca buku berbanding lelaki. Kajian yang dijalankan oleh Jellybooks menggunakan data yang diperolehi daripada penerima naskah awal pembaca (advanced reader copies) tetapi mereka kurang pasti apakah yang mereka boleh lakukan dengan data ini.
Pengasas Jellybooks iaitu Andrew Rhomberg menyatakan bahawa orang lelaki lebih mudah menyerah kalah membaca sesebuah buku berbanding perempuan. Beliau mengandaikan bahawa orang lelaki akan berhenti membaca sesebuah buku jika mereka tahu atau boleh meneka apakah kesudahan buku yang mereka baca.
Orang lelaki mungkin akan menyerah kalah selepas mereka membaca 20 atau 50 mukasurat. Namun begitu, faktor utama seseorang tidak menghabiskan buku yang mereka baca sebenarnya lebih bergantung kepada umur berbanding jantina. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa mereka yang berumur di antara 35 ke 45 tahun lebih cenderung untuk tidak menghabiskan buku yang mereka baca.
***
Sumber: Bustle