Ahad, 27 September, 1942
Kehadapan Kitty,
Hari ini saya dan ibu berbual dari "dari hati ke hati" tetapi bahagian yang menjengkelkan adalah saya tiba-tiba menangis. Saya sukar untuk menahannya. Ayah selalu melayan saya dengan baik dan dia lebih memahami saya. Pada saat seperti ini saya sukar berhadapan dengan Ibu. Sangat jelas saya adalah orang asing baginya; dia langsung tidak tahu apa yang saya fikir tentang benda-benda biasa.
Kami sedang berbual tentang orang gaji dan tentang bagaimana pada zaman ini seseorang perlu merujuk mereka sebagai "pembantu rumah." Dia menyanggah dengan menyatakan mereka hanya akan dipanggil sebegitu apabila perang amat. Saya tidak melihatnya begitu. Kemudian dia menambah saya selalu berkata tentang "zaman ini" seolah-olah saya sudah dewasa walaupun saya masih kanak-kanak, tetapi saya tidak rasa membina bangunan dan istana di udara bukanlah sesuatu yang teruk untuk dilakukan selagi kamu tidak mengambilnya dengan serius. Apapun, Ayah selalu menyebelahi saya. Tanpa Ayah pastinya saya tidak boleh bertahan di sini.
Saya juga tidak berapa baik dengan Margot. Walaupun keluarga kami tidak pernah bergaduh besar seperti keluarga van Daan, saya merasakan ia masih tidak baik. Personaliti Ibu dan Margot begitu asing bagi saya. Saya lebih memahami sahabat perempuan saya berbading Ibu. Malang bukan?
Untuk kesepuluh kalinya, Puan van Daan merajuk. Anginnya tidak baik dan semakin lama dia semakin kerap mengambil barang-barangnya dan menyoroknya. Malang juga kerana Ibu tidak meniru perangai Puan van Daan yang suka "menghilangkan" barang-barangnya.
Sesetengah orang, seperti keluarga van Daan, kelihatan seronok bukan sahaja membesarkan anak mereka tetapi menolong membesarkan anak orang lain. Margot tidak memerlukannya kerana dia secara semulajadinya seorang yang sopan, baik dan pandai. Ia kombinasi yang sempurna tetapi nampaknya perangai saya sudah cukup melengkapi kenakalan kami berdua. Kerap kali suasana di sini diisi dengan kemarahan keluarga van Daan dan jawapan saya yang pedas. Ibu dan Ayah selalu mempertahankan saya dengan tegas. Jika bukan kerana mereka, saya mungkin tidak mampu berkelakuan seperti biasa. Keluarga van Daan selalu menyuruh saya kurang bercakap, tidak sibuk hal orang lain dan bersederhana tetapi ia kelihatan sia-sia. Jika Ayah bukan seorang yang penyabar, sudah tentu dari dahulu lagi saya berputus asa untuk hidup sederhana seperti apa yang dimahukan oleh ibu-bapa saya.
Jika saya memakan kentang dan mengambil sedikit sahaja sayur yang saya benci, pasangan van Daan terutamanya Puan van Daan akan berleter tentang betapa manjanya saya. "Jangan begitu, Anne, makan lebih sayur," katanya.
"Tak mengapa, puan," jawab saya. "Kentang ini sudah lebih daripada cukup."
"Sayur bagus untuk kamu; ibu kamu juga menyatakan benda yang sama. Makan lagi," dia berkeras sehinggalah Ayah saya mencelah dan mempertahankan hak saya untuk tidak memakan makanan yang saya tidak suka.
Kemudian Puan van Daan akan betul-betul mengamuk: "Kamu sepatutnya datang ke rumah kami dan tengok bagaimana kanak-kanak dibesarkan mengikut cara yang sepatutnya. Saya tak rasa ini cara yang betul membesarkan mereka. Anne terlalu dimanjakan. Saya tidak akan membenarkannya. Kalaulah Anne anak saya..."
"Kalaulah Anne anak saya..." Selalunya beginilah leterannya bermula dan berakhir. Nasib baik saya bukan anaknya.
Tetapi kembali semula kepada topik membesarkan anak, semalam suasana menjadi senyap sunyi selepas Puan van Daan selesai dengan syarahannya. Ayah kemudian menjawab, "Saya rasa Anne dibesarkan dengan sempurna. Sekurang-kurangnya dia tahu untuk tidak menyampuk khutbah kamu yang berjela-jela. Berkenaan sayur itu pula, kamu patut cermin diri kamu sendiri dahulu."
Puan van Daan telah ditewaskan. Maksud kata-kata Ayah tentang sayur tersebut sudah tentu merujuk kepada Puan van Daan sendiri yang tidak boleh memakan kacang atau apa saja sayuran pada malam itu kerana dia menyatakan ia membuatkan perutnya "berangin." Tetapi saya juga boleh menyatakan benda sama. Sangat bodoh, bukan? Apapun, harapnya dia berhenti bercakap tentang saya.
Ia sangat lucu melihat betapa cepatnya muka Puan van Daan menjadi merah padam. Saya terus tenang dan ia secara diam-diam membuatkan dia berasa sangat sakit hati.
Yang benar,
Anne
***
Terjemahan ini adalah terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Barbara Mooyaart-Doubleday.