
Kita memang sudah biasa dengan buku yang diadaptasi ke filem, tetapi bagaimana pula dengan filem yang berkisar tentang buku?
Berikut adalah beberapa contoh filem tentang buku.
Adaptation
Filem ini berkisar tentang watak bernama Charlie Kaufman yang dilakonkan oleh Nicholas Cage. Kaufman telah diupah untuk menulis lakonlayar novel berjudul The Orchid Thief. Penonton akan dibawa menyusuri susah payah Kaufman dalam menyiapkan lakonlayar novel ini di mana pada masa yang sama beliau juga mengalami tekanan perasaan akibat perkara-perkara yang berlaku dalam hidupnya.
Dead Poet's Society
Filem yang dibintangi oleh mendiang Robin Williams ini mengambil tempat di Welton Academy pada tahun 1959. Ia mengisahkan tentang guru bahasa Inggeris bernama John Keating yang berusaha untuk membangkitkan minat pelajar-pelajar beliau terhadap puisi. Filem ini pernah menerima anugerah Akademi bagi lakonlayar terbaik.
Stranger Than Fiction
Filem bergenre komedi-fantasi yang ditayangkan pada tahun 2006 ini mengisahkan tentang hidup Harold Crick yang diganggu oleh suara yang menggangu kehidupan hariannya. Crick berjumpa dengan seorang profesor sastera yang mengesyaki bahawa Crick adalah karakter di dalam sebuah novel yang sedang ditulis.
Untuk melihat senarai penuh, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Book Riot