Menjadi seorang pembaca adalah seperti melakukan satu projek jangka panjang dan sudah tentunya anda mahu projek anda berjaya. Perlu diakui, sebagai seorang manusia di zaman moden ini, terlampau banyak cabaran yang perlu dihadapi setiap hari yang mengganggu fokus anda.
Tetapi sudah tentunya terdapat cara untuk kita mengkayakan kehidupan kita sebagai pembaca. Ianya bukanlah sesuatu yang sukar dan kita hanya perlu melakukan perubahan-perubahan kecil sahaja dalam kehidupan kita. Berikut adalah beberapa cadangan yang mungkin anda boleh ikuti.
1. Bangun dari tidur 15 minit lebih awal setiap hari untuk membaca sebuah puisi
2. Kunjungi perpustakaan terdekat - terutamanya jika anda sudah lama tidak ke perpustakaan - dan tanya kepada pustakawan tersebut tentang buku apakah yang menarik untuk dibaca
3. Lupakan satu prejudis membaca yang anda miliki dan jangan fikirkan tentangnya lagi
4. Baca satu buku dari genre yang anda benci
5. Minta cadangan buku yang hendak dibaca dari orang lain dan bacanya dengan serta merta
6. Berikan buku dalam simpanan anda paling lama yang anda belum baca kepada orang lain
7. Sertai kumpulan sukarelawan yang mempromosikan tabiat membaca
8. Baca sebuah buku yang mungkin membuatkan anda rasa tidak selesa
9. Ikuti cabaran membaca dengan penuh disiplin
10. Dermakan sepuluh buku dalam simpanan anda tanpa membeli buku yang lain sebagai ganti
11. Baca dengan kuat kepada seseorang yang anda sayangi
12. Buat senarai tentang bagaimana tabiat membaca berkait dengan hubungan cinta anda
13. Dengar kembali buku audio yang anda tidak habiskan
14. Baca buku kegemaran rakan baik anda tanpa mengira jenis buku
15. Lipat salah satu mukasurat buku anda
16. Cuba menulis mengikut margin
17. Tanya buku kegemaran saudara anda yang paling tua dan baca buku tersebut dengan serta merta
18. Baca buku di luar rumah
19. Dengar buku audio ketika anda melakukan kerja rumah
20. Baca drama pentas dan bayangkan bagaimana ia akan dipentaskan
21. Baca semula buku yang anda benci. Baca buku tersebut sebanyak dua kali
22. Minta maaf kepada individu yang anda pernah pandang rendah kerana buku yang mereka baca
23. Baca buku dari negara yang anda tidak pernah bayangkan anda akan kunjungi
24. Baca koleksi puisi dari seorang penulis sebanyak dua kali
25. Hadiahkan buku kegemaran anda ketika kecil ketika anda menghadiri majlis sambutan bayi yang bakal lahir
26. Hadiahkan buku kegemaran anda ketika anda berusia awal 20 tahun kepada pelajar kolej kegemaran anda
27. Baca buku dari seseorang yang tidak kelihatan seperti anda
28. Baca buku dari seseorang yang tidak akan dapat memahami anda sampai bila-bila
29. Baca satu bab dari kitab agama yang berbeza dengan agama anda dibesarkan
30. Dengar podcast tentang buku
31. Hadiri acara bacaan buku terutamanya jika anda tidak mengenali siapakah penulis buku tersebut
32. Tulis surat dengan tulisan tangan kepada penulis buku kegemaran anda yang masih hidup
33. Kunjungi kubur penulis kegemaran anda yang telah meninggal dunia
34. Kunjungi tempat yang anda ketahui hanya melalui buku yang baca
35. Rosakkan tulang buku dalam milik anda
36. Baca komik terutamanya jika anda sudah lama tidak membacanya
37. Tonton adaptasi filem buku kegemaran anda tanpa sebarang prejudis
38. Hafal sebuah puisi
39. Baca semula buku kesukaan anda ketika anda berusia 16 tahun
40. Berbual tentang buku dengan seseorang yang anda tidak pernah berbual tentang buku sebelum ini
***
Sumber: Book Riot
Sumber gambar: wikimedia commons