Penulis dan kedai kopi memang tidak dapat dipisahkan. Berikut beberapa kafe yang sering menjadi tumpuan penulis-penulis tersohor di seluruh dunia.
Red Key Tavern, Indianapolis, Amerika
Bagi peminat tegar Kurt Vonnegut, Red Key Tavern adalah tempat yang sudah pasti wajib dikunjungi. Walaupun ada yang menyangkal fakta bahawa tempat ini menjadi tempat kegemaran Vonnegut, terdapat juga beberapa penduduk tempatan yang menyatakan bahawa tempat ini bukanlah tempat yang asing bagi Vonnegut.
Les Deux Magots, Paris, Perancis
Pada awal kurun ke 20, kafe ini menjadi pilihan penulis-penulis tersohor Perancis seperti Jean Paul Sartre, Simone de Beauvoir dan Albert Camus. Masa kini ia dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung berkunjung ke kota Paris.
The White Horse Tavern, New York, Amerika
Tempat ini dibuka pada tahun 1880. Namun ia mula menjadi tempat popular di kalangan penulis pada tahun 1950an. Antara pengunjung utama adalah penyajak Dylan Thomas dan penulis-penulis seperti Anais Nain dan Norman Mailer.
El Floridita, Cuba
Tempat ini menjadi tempat kegemaran Ernest Hemingway sepanjang 20 tahun beliau berada di Cuba dan sebagai ucapan terima kasih kepada Hemingway kerana mempopularkan tempat ini, El Floridata telah membina satu bar khusus dan patung perak yang didekasikan kepada Hemigway.
Kennedy's, Dublin, Ireland
Bar ini pada asalnya adalah sebuah kedai runcit. Tetapi apa yang menariknya, Oscar Wilde pernah bekerja di kedai runcit tersebut sebelum ianya ditukar menjadi sebuah bar. Setelah ia ditukar menjadi sebuah bar, ia pula menjadi antara kegemaran Samuel Beckett dan James Joyce.
***
Sumber: Buzzfeed